<$BlogMetaData$>

::. MASA ITU EMAS .::
 
::. PENGUNJUNG .::
 
 
AmazingCounters.com

 

::. KALENDAR HIJRAH .::
::. SEMBANG-SEMBANG .::
 

 

::. SUHU .::

::. WAKTU SOLAT .::

.

::. HALAWA TELINGA .::
Ikim FM - Pilihan Utama

Nasyidfm.net - Pilihan Utama

PANTUN UNTUK ORANG YANG MALAS SOLAT
Thursday, June 29, 2006
Pantun ni khas ditujukan kepada orang2 yg ingin berfikir dan cuba mengingati betapa selama ini mereka menikmati segala kurniaan yg telah ALLAH limpahkan....

Apasal la engkau malas sembahyang,

Tuhan kasi engkau jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada dari tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang......

Apasal la engkau malas sembahyang,

Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu engkau tak boleh luang....

Apasal la engkau malas sembahyang,

Tuhan kasi otak supaya engkau tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa engkau tidak kenang...

Kenapa la engkau malas sembahyang,

Main bola engkau sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert engkau sanggup beratur panjang,
Apa engkau ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la engkau malas sembahyang,

Engkau kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang...

Apasal la engkau malas sembahyang,

Siksa neraka cuba la engkau bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang !!
posted by ibnu_daud @ 5:20 AM   0 comments
PiLiHLaH KeAdAaN YaNg TiDaK MeMaKsA KiTa
Tuesday, June 27, 2006
Majlis akad nikah itu baru sahaja usai. Saya danbeberapa orang sahabat masih menikmatiminuman ringan yang disediakan oleh pihak tuanrumah. Tiba-tiba seorang lelaki tua yang memangsaya kenali menarik tangan saya danbertanya, "Kenapa orang sekarang kahwin lambatsangat?" Saya lantas bertanya, "Tuk dulu kahwincepat?"

"Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat anakseorang..." Terbayang anak perempuan saya yangmenuntut di tingkatan 5 sekarang.Sukar nakmembayangkan betapalah di usia itu dia sudahmempunyai anak.

"Bahagia Tuk?"

"Tak bahagia apa... anak Tuk 12 orang!

"Terhibur saya berbual dengannya, semuanyadiukur dengan angka.

"Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tumasih menuntut lagi, orang heboh saya tak sabar,"adu saya tanpa dipinta. Sengaja mengundangreaksi.

"Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tuk, tu kiraterlajak dah tu!"

"Betulkah saya tak sabar, Tuk? " tanya sayasemacam mengusik.

"Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat.Selamat dari maksiat. Kalau betul tak sabar, Tukni lagilah tak sabar...umur 17 tahun dah kahwin,heh, heh, heh..."

"Setuju tak Tuk kalau dikatakan soal kahwin nibukan soal cepat lambat, tapi soal dah bersediaatau tidak?"

"Setuju. Tapi kena hurailah maksud persediaantu..." tajam Tuk membalas.

"Kalau ikut pandangan Tuk, apa agak-agaknyapersediaan tu?"

"Soal ni tak boleh agak-agak... Mesti tepat.

"Terkedu saya dibuatnya. Tuk ni bukan sebarang
orang.

"Maksud bersedia bukan sahaja dari segiumur...Asal akil baligh dah boleh kahwin. Bukansahaja diukur oleh badan yang sihat, pendapatanyang cukup, tapi yang penting kematangandiri...Ertinya, seseorang yang nak kahwin mestidah mula dapat berfikir dengan baik, dah bolehsedikit sebanyak kawal perasaan, dan jiwa tu sikit-sikit dah agak tenang.

"Saya menung panjang. Tertikam di sudut hatipetanyaan, sudahkah saya matang sewaktu mulaberkahwin dahulu?

"Jangan menung... Tuk cuma kata, dah sedikitsebanyak matang. Tak payah tunggu matangbetul...nanti tak kahwin pula!" usik Tuk sepertidapat membaca fikiran saya. Walau tanpa ijazah,Tuk sebenarnya sedang menjelaskan asaskebahagiaanrumah tangga yang kadang kala tidakdapat ditimba di mana-mana menara gading.

"Macam mana nak matang?" tanya saya perlahan.Malu rasanya untuk diajukan soalan sedemikian diusia 40-an ini. Terasa terlambat!

"Tentulah dengan ilmu. Dulu Tuk dan kawan-kawan...umur sebelas tahun dah khatam Quran.Dah selesai belajar ilmu fardu ain. Rukun, sah,batal dan lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudahbaligh buka kitab Muhimmah, baik lelaki, baikperempuan. Dah diterangkan tanggung jawabsuami, isteri dan asas-asas kerukunan rumahtangga.

""Itu sahaja? Ilmu lain?" soal saya pendek.

"Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yangotak baik, jadilah guru, pegawai kerajaan... ikutkeadaan zaman tulah. Tuk ni tak nasib baik...kerjakampung sahaja, guna tulang empat kerat, bukatanah. Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnyasampai sekarang ni..."

"Tapi sekarang Tuk dah senang. Dengarnya dahdua kali naik haji."

"Tak senang. Tapi mudah-mudahan... tenang.Tulah doa Tuk, biar hidup kita tenang."

"Agaknya sebab kurang matang nilah orangsekarang kahwin lambat?" cuit saya, kembali ketajuk asal.

"Ni agak Tuklah. Budak sekarang tak macam dulu.Mereka ni macam lambat matang. Kalau dulu umur13 dah boleh pikul tugas. Dah berdikari, dah bolehharap jaga emak bapak. Setakat jadi imam danbaca berzanji tu lancar... tapi sekarang lain, umurdah 23 tahun pun masih bergantung kepada emakbapak. Nak jadi imam? Jauh sekali."

Terbayang kekesalan di wajahnya. Diamenyambung, "Sekali tu Tuk tengok betul-betuldengan mata kepala ni macam mana seorangbakal pengantin tersekat-sekat mengucap kalimahsyahadah depan tuk kadhi. Bila tanya rukunsembahyang, geleng kepala.Yang dihafalnya rukunnikah saja..."

"Kalau macam tu macam mana?"

"Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nakpimpin isteri dan anak-anaknya nanti? Tu baru ilmuyang paling asas, belum lagi ilmu... apa orangkata... ... parenting skill."

"Tuk pun tahu parenting skill?"

"Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Diradio, tv, ceramah, buku-buku... ah, macam-macam."

"Tapi Tuk, kalau tak kahwin pun susah juga...Nantiterjebak dengan maksiat," kilas saya.

"Tulah, ajaran Islam ni macam mata rantai. Lepassatu disambung satu. Bermula dengan yang palingutama, diikuti yang kedua, ketiga danseterusnya... Ilmu tauhid, fekah dan akhlak perludiasak di awal usia. Diiring ilmu akademik. Jadi,bila dah nak kahwin nanti, ilmu tu semua dah ada.Persediaan agama ada, persediaan material ada."

"Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkankahwin kerana katanya belum bersedia, dari segimaterial dan agama?"

"Apapun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkanilmu agama... sampai mati pun tak akan habisdituntut. Cukuplah sekadar keperluan dulu dantambah lagi selepas kahwin. Begitu juga soalmaterial, soal kerja, profesion... Ni pun tak akanhabis-habis. Ukurlah ikut keperluan dankemampuan diri. Jangan sampai terlanjut usiasudahlah. Jangan nanti ilmu ada, matang ada, duitada, calon pulak tak ada..."

"Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masakini?" terluncur soalan yang berbau akademiktanpa saya sedari.

"Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaranIslam, keadaan jadi agak lintang-pukang sekarang.Yang berkat jadi mudarat. Tak dikahwinkan,membuat maksiat. Bila dikahwinkan, takbertanggungjawab."

"Antara dua keadaan ni... yang mana patut kitapilih?"

"Perlukah kita buat pilihan? Pada Tuk... pilihlahkeadaan yang tidak memaksa kita membuatpilihan!"

Saya terdiam. Kagum. Kata-kata tersirat itu bolehmengundang seribu wacana para sarjana!
posted by ibnu_daud @ 7:27 PM   0 comments
MUSLIM IDAMAN
Thursday, June 22, 2006
Muslim Idaman...........
Ialah muslim yang beriman
Yang berusaha mencari ilmu dan menguasai
Yang tidak berbangga dengan harta dunia
Yang tidak pernah gentar melawan musuh
Yang menjadi sayap kiri kepada pejuang dien

Muslim idaman.........
Ialah muslim yang tidak bazirkan masa
Matanya tidak kepenatan kerana banyak membaca
Suaranya lesu kerana menglunkan kalamullah dan jua zikrullah
Tidurnya lena dengan keimanan
Manakala bangkitnya di fajar hari penuh kecergasan

Muslim idaman..............
Ialah muslim yang sentiasa ingat akan mati....
Dan mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

Muslim sejati................
Akhirat adalah utama
kerana..............
Dunia bukan pilihannya.
posted by ibnu_daud @ 11:05 PM   0 comments
Makam Zunnun Al-Misri r.a

SYEIKH ZUN NUN AL-MISRI R.A.
Nama penuh beliau ialah Abu Faidh Zin-Nun al-Masri.Berasal dari Naubah,sebuah daerah yang terletak di antara Sudan dan Mesir.Beliau merupakan kemuncak ahli sufi pada abad ke-3 H.Beliau banyak menambah jalan untuk menuju Allah SWT.Tujuan beliau ialah "mencintai tuhan membenci yang sedikit,mematuhi garis perintah yang diturunkan dan takut akan berpaling jalan.
Ajaran beliau mengunci kemegahan dunia,berjalan di atas garis panduan yang telah ditentukan di dalam kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.Beliau pernah berkata:"Tanda cinta kepada tuhan ialah menuruti jejak Nabi Muhammad SAW".
Beliau telah meninggal dunia di Giza pada tahun 245H.ketika membawa jenazahnya ke tanah perkuburan,terpaksa menggunakan sampan kerana dikhuatiri jambatan akan runtuh kerana terlalu ramai yang mengiringi jenazah beliau.Mereka dapat melihat bagaimana burung-burung hijau mengibarkan sayapnya di atas jenazah beliau hingga ke kubur.Jenazahnya telah dikebumikan di Basantin
posted by ibnu_daud @ 10:53 PM   1 comments
Makam Rabiatul Adawiyah

RABIATUL ADAWIYAH R.A
Beliau dikenali sebagai tokoh sufi wanita yang ulung dan merupakan seorang zahid perempuan yang menjadi imam bagi seluruh kaum sufi yang datang selepasnya.Beliau hidup sezaman dengan Sufian as-Thauri yang merupakan murid utama Imam Hasan al-Basri.
Antara keramat yang telah Allah SWT kurniakan kepadanya ialah:pada suatu hari beliau telah pergi menemui Syaiban ar-Ra'ie.Beliau berkata kepadanya:"aku ingin menunaikan haji".Lalu Syaiban mengeluarkan emas dari poketnya untuk perbelanjaan menunaikan haji beliau di Mekah.Kemudian beliau menadah tangannya ke langit,tiba-tiba dalam genggamannya di penuhi dengan emas.Lalu beliau berkata:"Engkau mengambil emas dari poketmu tetapi aku mengambil dari ghaib".
Beliau pernah berdoa:"Ya Allah,sekiranya aku beribadat kepadaMU kerana mengharapkan syurgaMU,jauhkanlah ia dariku.Tetapi jika aku beribadat kepadaMU hanya semata-mata cinta kepadaMU,maka jangnlah ya Allah Engkau haramkan aku daku melihat keindahan azali".
Sehingga akhir hayatnya beliau tidak pernah berkahwin.Beliau meninggal dunia pada tahun 185H dan dimakamkan bersebelahan dengan makam Zun Nun al-Misri dan Muhammad al-Hanafiah.
Sesetangah pendapat mengatakan bahawa ia bukanlah makam sebenar Rabiatul Adawiyah tetapi hanyalah syatu simbol sahaja
posted by ibnu_daud @ 10:43 PM   0 comments
Makam Imam Shafie


Kehidupan Imam Syafie bermula dari kecil hingga beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir merupakan sebuah kehidupan contoh juga seorang lelaki mithali yang tiada tandingannya.Kehidupan beliau dipenuhi dengan erti perjuangan dalam kansah ilmu dan makrufat,pengorbanan mempertahankan kebenaran dan keadilan,kesabaran ketika menerima ujian dan dugaan,keberanian menegakkan pendirian dan menghadapi krisis,keikhlasan kepada Allah SWT,RasulNya dan kedua ibu bapanya.beliau juga seorang yang suka melakukan sesuatu untuk kebahagiaan orang lain serta seorang pemimpim bagi mereka yang memilih jalan yang benar.

Pada malam Jumaat di bulan Rejab tahun 204H,Imam Syafie telah kembali ke Rahmatullah dengan meninggalkan sesuatu yang sangat berharga untuk seluruh umat Islam.Jenazah beliau telah dikeluarkan dari rumahnya selepas solat Asar.Ketika melalui rumah Saiyyidah Nafisah, beliau telah memerintahkan supaya jenazah Imam Syafie dibawa masuk ke dalam rumahnya.Lalu beliau menyembahyangkn jenazah tersebut.Makam Imam Syafie terletak di dalam masjidnya yang terletak di Basantin.

posted by ibnu_daud @ 10:33 PM   0 comments
Makam Imam Syatibi

Imam as-Syatibi seorang syeikh yang besar dan penghulu yang agung.Nama beliau ialah al-Qasim bin Firruh bin Abil Qasim Khalaf bin Ahmar bin ar-Ru'aini as-Syatibi.Beliau dilahirkan menjelang akhir tahun 538H dan menjejakkan kaki ke bumi Mesir pada 572H serta pemilik qasidah yang bernama Hirzil Amani wa Wajhit Tahani fil Qiraat as-Sabi' iaitu sebuah matan ilmu yang hebat dan menjadi rujukan para qurra'.Beliau juga memiliki qasidah petunjuk yang terkandung di dalamnya "pengertian pendahuluan" oleh Ibnu Abdul Barr dan juga qasidah "Ar-Riah" dalam bidang penulisan 'khat' di samping matan-matannya yang lain.

Ibnu Khilkan berkata di dalam kitab "Tarikh","beliau seorang yang alim tentang kitab Allah sama ada dari segi qiraat dan ilmu tafsir serta mahir dengan ilmu hadis Rasulullah SAW.Apabila dibacakan Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan Muwatta", beliau mampu mentashihkannya berdasarkan ingatan beliau.

Selain itu,beliau turut arif dalam ilmu tafsir mimpi.Beliau adalah seorang yang ikhlas terhadap apa yang dikata dan apa yang dibuat.Beliau wafat pada 28 Jamadilakhir 590H pada hari Ahad selepas solat Asar.
posted by ibnu_daud @ 10:24 PM   1 comments
Makam Saiyidina Yahya Al-Shabihi R.A

Beliau ialah Yahya bin al-Qasim bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zain al-'Abidin bin al-Imam al-Husain bin Saiyidina Ali Ibn Abi Talib-radhia Allah 'anhum-.
Saiyid Yahya masyhur dengan gelarannya Yahya 'as-Syabih bi an-Nabi (SAW) kerana beliau seiras dengan nenda beliau,Baginda Rasulullah SAW pada rupa dan perlakuannya,serta dari sudut kehebatan,ketenangan,kemuliaan serta keberanian yang ada pada dirinya.
Beliau juga terkenal dengan ilmu dan keberkatan.Oleh sebab itulah beliau dan ahli keluarganya telah diundang ke Mesir atas jemputan daripada pemerintah Mesir,Sultan Ahmad Ibnu Tulun supaya datng menetap di Mesir.
Beliau meninggal dunia dan di semadikan di kawasan berhampiran Masjid as-Syafie.Kedudukan makam beliau adalah berhampiran dengan makam bapa dan saudara-saudaranya.
posted by ibnu_daud @ 10:00 PM   0 comments
Tapak Kaki Rasulullah S.A.W.
gambar tapak kaki Rasulullah S.A.W. berhampiran makam Imam Shafie.
posted by ibnu_daud @ 9:43 PM   0 comments
Khalwah Saidah Nafisah
posted by ibnu_daud @ 9:40 PM   0 comments
Ziarah Makam As-Syahid


Bersama sahabat-sahabat di hadapan makam As-Syahid Imam Hasan Al-Banna.

Nama penuh beliau Hasan bin Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna.Dilahirkan di bandar Mahmudiah pada tahun 1906M.Merupakan seorang imam, da'ie, mujahid dan perintis serta pencetus perjuangan Islam abad ini.Seorang pejuang yang telah berjaya memperoleh sesuatu yang sangat diidam-idamkan sepanjang hayatnya,iaitu mati syahid.

Pada 1949M, di hadapan Markaz Persatuan Pemuda-pemuda Islam, al-Imam Hasan al-Banna telah ditembak oleh orang upahan Raja Farouq.Dan selepas dua jam berlaku kejadian itu beliau telah syahid.Sebenarnya mereka telah membiarkan beliau terlantar kesakitan serta menahan teman-temannya dari merawatnya.As-Syahid Imam Hasan al-Banna telah dikebumikan di Basatin


posted by ibnu_daud @ 9:23 PM   0 comments
Ziarah Maqam Aulia
Kenangan bersama sahabat-sahabat bersama ayah Wali Soghir,
ahli bait Rasulullah S.A.W bersebelahan dengan maqam Wali Soghir
posted by ibnu_daud @ 8:58 PM   0 comments
LELAKI ACUAN AL-QURAN

LELAKI ACUAN AL-QURAN

SEORANG LELAKI YANG BERIMAN
MEMILIH MUSLIM MUTTAQEEN SEBAGAI JATI DIRI
HATINYA DISALUTI RASA TAQWA KEPADA ALLAH SWT
APABILA DISEBUT ASMA' ALLLAH..
GEMENTAR HATINYA, GEMURUH JANTUNGNYA

LELAKI ACUAN AL-QURAN

SENTIASA HAUS DENGAN ILMU
SOLATNYA ADALAH MARUAH DIRINYA
TIDAK PERNAH GENTAR UNTUK BERKATA BENAR
TIDAK PERNAH LESU UNTUK MELAWAN NAFSU

LELAKI ACUAN AL-QURAN
DIA YANG MENGHORMATI IBU BAPANYA
BAKTI DIHULURKAN BUAT AYAHBONDA DAN KELUARGA
DIA BAKAL MENJAGA KEHARMONIAN RUMAHTANGGANYA KELAK MEMBERIKAN BIMBINGAN DUNIA DAN AKHIRAT
BUAT ZAUJAH JUA PERMATA HATINYA
WASATIAH AMALAN HIDUPNYA
PENDORONG MENUJU BAITI JANNATI
KERANA DUNIA BAGINYA HANYALAH
LADANG MENUJU AKHIRAT
JUA RUMAH SEMENTARA SAHAJA
MENUNGGU YANG NYATA DI AKHIRAT SANA

LELAKI ACUAN AL-QURAN

SENTIASA BERSEDIA UNTUK AD-DEENNYA
HIDUPNYA DISINARI CAHAYA NAUNGAN AL-QURANUL KARIM SIFAT RASULULLAH KETAATAN DIRINYA
BICARANYA ADALAH AMALANNYA
GERAK LAKUNYA ADALAH ILMUNYA

LELAKI ACUAN AL-QURAN
PABILA MENGHADAP WAJAHNYA KEPADA YANG MENCIPTA BERDIRINYA PENUH TERTIB
RUKUKNYA PENUH TAWADHU'
SUJUDNYA PENUH KUSYUK
DUDUKNYA PENUH TASYAHHUD
DOANYA PENUH MALU
"YA ALLAH, ANDAINYA KEJAHATAN TAK KU LAKUKAN KERANA TAKUT AKAN BAKARAN API NERAKA-MU,
MAKA KAU CAMPAKKANLAH AKU KEDALAMNYA...
ANDAINYA AKU MENDAMBAKAN SYURGA-MU
KERANA PAHALA YG KAU JANJIKAN,
MAKA KAU HARAMKANLAH KAKIKU MENJEJAK SYURGA IMPIANKU ITU,
TETAPI JIKA HIDUPKU MATIKU KERANA MENGHARAPKAN REDHA-MU YA RABB,
MAKA JANGANLAH KAU MALAPKAN HATI INI KERANA HATI INI TELAH BERLABUH UNTUK SENTIASA TAAT DAN DEKAT DENGANMU,
WAHAI RABBUL 'IZZATI.."

LELAKI ACUAN AL-QURAN
BASAH MATANYA KERNA RINDU-NYA PADA YANG KHALIQ
BASAH LIDAHNYA KERANA SELALU MENYEBUT ASMA' TUHANNYA
GEMAR TELINGANYA MENDENGAR ALUNAN ZIKIR MUNAJAT
TANGKAS LANGKAH KAKINYA BERJEMAAH DI RUMAH ALLAH

LELAKI ACUAN AL-QURAN
MEDAN PERJUANGAN SYAHID IMPIANNYA
HAYYA 'ALAL JIHAAD!!
MENYERU PARA MUJAHIDDEEN
DIALAH KUBU PERTAHANAN ISLAM
TEGAS DENGAN KAFIR LAKNATULLAH
TAKKAN MUDAH ISLAM TUNDUK PADA KUASA KUFFAR
KELUAR DIJALAN ALLAH SETINGGI CITA-CITANYA
TEGAKNYA MEMASAKKAN KALIMAH ALLAH DI PELUSUK DUNIA KEWAJIPAN SEORANG DA'E BAGAI DIRINYA
HATINYA BAGAIKAN TAHU
BAHAWA MASIH RAMAI YANG CUKUP DAHAGAKAN
SUATU GEMERLAPAN CAHAYA ISLAM YG MAHA INDAH

DIALAH LELAKI ACUAN AL-QURAN

DIA LAYAK BUAT WANITA ACUAN AL-QURAN JUA..
KERANA, BUATMU WANITA...
ANDAI DIRI MENGHARAP TEMAN SEZUHUD ALI KARRAMALLAHU WAJHAH
HIASILAH DIRI UMPAMA PEMURAHNYA FATIMAH AZ-ZAHRA USAH DIDAMBA TEMAN SETAKWA NABI ALLAH IBRAHIM AS ANDAI HATI TIDAK DISALUTI KETABAHAN SITI HAJAR
MENGAPA IMPIKAN TEMAN SEHEBAT KEKASIH ALLAH,
MUHAMMAD SAW ANDAI KESETIAAN BAGAI KHADIJAH AL-KHUWAILID BUKAN WAJAH DIRIMU!
posted by ibnu_daud @ 1:05 PM   0 comments
::. ABOUT ME .::

Name: ibnu_daud
Home:
About Me: Kemenangan dan kejayaan hanya milik mereka yang sanggup berkorban, sabar menanggung kesusahan dan kemiskinan
See my complete profile
::. MY STATUS ONLINE .::
  • ibnu_daud
  • ::. PREVIOUS POST .::
    ::. ARCHIVES .::
    ::. LAMAN PILIHAN .::
  • Ustaz Azhar Idrus
  • MAQAZ Shoubra
  • Merah Tinta
  • Nik Abduh Nik Aziz
  • Ustaz Salman Maskuri
  • Ustaz Hazmi Dibok
  • Ustaz Hairul Nizam Mat Husin
  • Mini Pavilion
  • Tukaran Wang Asing
  • Ustaz Yusof Embong
  • Ustaz Fezul Ismail
  • Penarik Beca
  • Live Goalz
  • WebTV PAS
  • ::. PMRAM, BKAN & DPM .::
    ::. BLOG PIMPINAN .::
  • Pakatan Rakyat
  • Dr. Lo'lo'
  • Dr. Syed Azman
  • Azmin Ali
  • Anwar Ibrahim
  • Zulkifli Nordin
  • Hatta Ramli
  • Mat Sabu
  • Husam Musa
  • Ustaz Nasharudin Mat Isa
  • Ustaz Nasrudin Tantawi
  • Tian Chua
  • ::. BLOG SAHABAT.::
  • Azraie Saballah
  • Afifuddin Md Jamil
  • Mohd Zarimi
  • Fadhlullah Hj Ismail
  • Taufik Pangilun
  • Mohd Bakri
  • Mohd Amin Ahmad
  • Mohd Fadzlah
  • Mohd Fazli Ibrahim
  • Muhammad Kamal
  • Saifudin Bin Abdul Sani
  • Ahmad Mustafaruddin
  • Mohd Saifulloh Mustafa
  • ::. LINKS .::










    ::. POWERED BY .::

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © salam perjuangan Template by Isnaini Dot Com