<$BlogMetaData$>

::. MASA ITU EMAS .::
 
::. PENGUNJUNG .::
 
 
AmazingCounters.com

 

::. KALENDAR HIJRAH .::
::. SEMBANG-SEMBANG .::
 

 

::. SUHU .::

::. WAKTU SOLAT .::

.

::. HALAWA TELINGA .::
Ikim FM - Pilihan Utama

Nasyidfm.net - Pilihan Utama

HIKMAH BERDIAM DIRI
Friday, July 28, 2006

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Didunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT. Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.

2. Perhiasan tanpa berhias.

3. Kehebatan tanpa kerajaan.

4. Benteng tanpa pagar.

5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.

6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.

7. Menutupi segala aib.

Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan Barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya Neraka lebih utama baginya". ( Riwayat ABU NAIM )

"Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". Riwayat AT-TARMIZI )

Madah Dari Hukama:

BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH,
BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN,
ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH ,
TIDAK SALAH.
YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG..
KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA,

YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.
posted by ibnu_daud @ 5:45 AM   0 comments
250,000 MURTAD : MASIHKAH KITA INGIN BERDIAM DIRI?
Wednesday, July 26, 2006
Isu Lina Joy atau nama sebenarnya Azlina Jailani yang memohon murtad telah sekali lagi membuktikan bahawa aqidah umat Islam mudah terhakis di bawah undang-undang sekular. Lina, 42 tahun, yang dilahirkan dalam keluarga Melayu Muslim, telah memohon supaya perkataan "Islam" dibuang daripada kad pengenalannya. Walau pun permohonannya belum lagi diputuskan oleh mahkamah namun beliau telah pun menganut agama Kristian. Lina diwakili oleh 4 orang peguam bukan beragama Islam. Salah seorang peguam beliau, Datuk Dr. Cyrus Das, berhujjah bahawa Lina mesti diberi hak dalam perlembagaan untuk memeluk agama yang dipilihnya. Menurut Das, mereka yang merangka Perlembagaan Persekutuan mahu Malaysia menerimapakai undang-undang sekular dan bukan undang-undang Islam. Das menegaskan bahawa mahkamah sepatutnya menolak hujjah yang mengatakan bahawa Islam mengatasi Perlembagaan. Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Umi Kalthum Abdul Majid, berhujjah bahwa jika Muslim dibenarkan mengisytiharkan diri mereka murtad, ia akan mendatangkan kesan negatif ke atas beberapa pihak.

Menurut laman web
Malaysiakini.com bertarikh 8 Julai 2006, Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria mendakwa seramai 250,000 orang Islam di Malaysia termasuk seorang yang bergelar 'ustazah' telah murtad. Angka mengenai murtad itu diperolehi dari kajian sekumpulan profesional dan intelektual Melayu yang menjalankan kajian mengenai masalah ini pada tahun lepas. "Wanita bergelar ustazah itu mengetuai kumpulan ribuan mereka yang murtad ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar "Dasar Aparteid Terhadap Wanita Islam di Malaysia: Satu Penilaian" di Kuala Lumpur. Pendedahan Harussani mengenai penyelewengan aqidah umat Islam di negara ini dilakukan selepas beliau mendakwa masyarakat Melayu membelanjakan RM1 bilion setahun untuk minum arak dan RM3 bilion lagi untuk berjudi. Beliau selanjutnya menegaskan bahawa terdapat masyarakat Amerika yang beranggapan umat Islam Malaysia adalah kalangan yang zalim kerana menyebabkan golongan murtad tidak sanggup mengaku secara terbuka sudah keluar dari Islam kerana bimbang dibunuh atau dipukul. Menurut Mufti Perak ini lagi, beliau juga menerima sepucuk surat dari Persatuan Mubaligh Kristian Amerika yang menuduh Pejabat Agama Islam di sini bersifat zalim kerana tidak membenarkan 30,000 orang Islam Melayu untuk masuk Kristian. Surat itu juga meminta Pejabat agama Islam supaya jangan mengganggu kerja-kerja seorang mubaligh di negara ini yang dikenali dengan nama 'ustaz' yang cuba mempengaruhi para remaja liar untuk murtad. Harussani juga memberitahu beliau telah menulis dua memorandum bertajuk "Ancaman-ancaman Terhadap Islam" kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Majlis Raja-Raja pada April lepas bagi memaklumkan gejala murtad itu. Katanya berikutan itu satu arahan telah dikeluarkan kepada pihak berkuasa agama Islam untuk mengambil tindakan segera, bagaimana pun tiada tindakan susulan diambil kerana badan itu memberi alasan ia hanyalah satu maklumat tanpa bukti.

Murtad : Isu Penting dan Utama

Masalah murtad di kalangan umat Islam tidak pernah reda. Perbincangan mengenainya pun tidak pernah mencapai noktah. Setiap kali isu ini timbul, emosi umat Islam akan bangkit. Malangnya emosi tersebut tidak dipersatukan dengan fikrah (pemikiran) dan thariqah (method) Islam dalam menangani gejala ini. Tahu dan marah dengan apa yang berlaku, kemudian balik kerja, main bola, tengok TV dan masuk tidur. Islam hanya menjadi agama ritual (ibadat) dan tidak diambil untuk diperjuangkan. Wahai mereka yang mementingkan selimut! Bangkit dan berjuanglah! Islam memerlukan tenaga kalian. Diutusnya Rasul adalah supaya manusia beriman kepada Allah dan tidak menyekutukan Allah dengan selainNya. Diturunkan Islam adalah supaya manusia masuk ke dalamnya dan tidak mengambil selainnya. Masuk ke dalamnya rahmat, keluar darinya celaka. Maka Allah jualah sebaik-baik penghukum bagi si celaka ini. Thariqah Islam menyatakan bahawa keluarnya seseorang dari agama yang Allah redha ini, maka keluarlah ruh dari jasad. Keluarlah kepala dari badan. Allah Subhanahu wa Ta'ala menjanjikan syurga kepada penyembahNya dan yang berpaling tadah, nerakalah tempat kembalinya. Allah adalah sebaik-baik Pemberi khabar gembira dan sebaik-baik Pengancam. Bertaqwalah/Takutlah kalian kepada Allah wahai kaum Muslimin!

Kebencian kafir Barat kepada mereka yang menyembah Allah adalah amat melampau. Pelbagai usaha dilakukan namun tidak mendatangkan hasil lumayan, tetapi yang pasti upaya memurtadkan kaum Muslimin tidak pernah pudar dari benak mereka. Islam dituduh agama yang 'ketat' dan zalim, tidak memberi kebebasan. Slogan kebebasan dilaungkan di serata dunia dan dijaja dengan penuh keindahan. Hak Asasi Manusia diolah sedemikian rupa sehingga menjadi satu perjuangan yang suci lagi menyucikan. Umat Islam terkeliru dan terpukau. Ada yang ingin membela Islam, namun meletakkan diri di kandang salah, membela Islam sebagai pihak yang tertuduh. Ada pula yang rosak dan busuk hatinya, terus menjadikan Barat sebagai rasul (ikutan), kerana inilah 'agama' baru yang lebih benar dari agama Allah. Inilah kebebasan yang benar, bebas sebebas-bebasnya. Inilah hak asasi bagi manusia!. Golongan sekular dan pemuja Barat seperti Sisters In Islam (SIS) menjadi tali barut musuh-musuh Allah dengan memperjuangkan habis-habisan hak untuk murtad sebagai sebahagian daripada Hak Asasi Manusia. SIS pernah mengatakan "isu Kerajaan Langit menunjukkan bahawa pihak berkuasa agama menggunakan sumber kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan untuk menghukum Ayah Pin dan pengikutnya. Ini berlaku sungguhpun kebebasan memilih agama diterangkan dengan jelas di dalam Al Quran dan juga termaktub di dalam Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 18, Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia (Article 18 of the Universal Declaration of Human Rights)
(
www.sistersinislam.org.my/PressStatement/27072005.htm )

Ini hanyalah secebis dari perkataan mereka yang ingin memadamkan cahaya Allah. Banyak lagi perkataan-perkataan seumpama ini yang sentiasa kedengaran dari 'kekasih-kekasih' Barat seperti ini. Setiap kali isu murtad muncul, maka mereka akan menzahirkan perjuangan mereka di dalam membela orang-orang murtad ini. Kenapakah kata-kata jijik ini dibenarkan berlegar di udara? Tak lain tak bukan kerana amalan kebebasan bersuara yang diamalkan pada hari ini. Ya, kebebasan bersuara yang membiarkan suara-suara kufur dialunkan tetapi menghalang suara-suara haq dari berkumandang. Suara untuk mengajak kembali kepada hukum-hukum Islam, kepada Daulah Khilafah Islamiyyah dan seumpamanya adalah suara-suara yang merbahaya tetapi seruan kepada kemurtadan adalah suara-suara yang mulia. Inilah hakikat Hak Asasi Manusia yang dilontarkan oleh Barat dan 'disambut baik' oleh pemuja-pemuja mereka dari kalangan kaum Muslimin.

Inilah barah sekularisme yang ada di dalam tubuh umat Islam, yang memisahkan agama dari kehidupan. Pembuatan undang-undang adalah di tangan manusia, bukan di tangan Allah. Manusia telah mengambil hak Allah sebagai Asy-Syari' (pembuat undang-undang). Undang-undang ciptaan manusia yang ada sekarang langsung tidak membuatkan orang gentar atau takut untuk murtad, malah peruntukannya 'semacam' membenarkan aktiviti sesat ini. Malaysia menganggap bahawa dadah adalah musuh utama sehingga hukuman mati mandatori dikenakan kepada pengedar dadah. Tiada kompromi tentangnya. Sebaliknya, kes murtad tidak dianggap isu utama dan orang yang murtad boleh lepas bebas. Jika hukuman mati-lah yang dicadangkan, maka Hak Asasi Manusia akan diambil kira dan wajib diutamakan!!. Mesti berkompromi. Inilah apa yang berlaku dan inilah hakikat mereka yang berpegang teguh dengan sekularisme.

Hukum Murtad Menurut Islam

Apabila seseorang keluar daripada Islam sedangkan ia baligh dan berakal maka ia diajak untuk kembali kepada Islam hingga tiga kali disertai peringatan. Jika ia kembali setelah itu maka akan diterima dan jika menolak maka akan dibunuh, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

"Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya." [TMQ Al-Baqarah, 2:217]

Hadis Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam pula mensabitkan hukuman kepada orang yang murtad. Imam Bukhari telah meriwayatkan dari Ikrimah yang berkata, "Dihadapkan kepada Amirul Mukminin 'Ali karamAllahu wajhah orang-orang zindiq, lalu beliau membakar mereka. Maka berita itu disampaikan kepada Ibnu Abbas dan beliau berkata 'Seandainya aku, tidaklah aku bakar mereka kerana larangan Nabi Salallahu 'alaihi wa Sallam yang bersabda "Jangan kamu menyiksa dengan siksaan Allah". Akan tetapi pasti akan aku bunuh mereka kerana sabda Rasulullah Salallahu 'alaihi wa Sallam "Barangsiapa yang menukar agamanya, hendaklah kamu bunuh akan dia"

Dalam riwayat Imam Ahmad disebutkan, "Allah dan RasulNya telah menetapkan, bahawa orang yang murtad dari agamanya maka dia mesti dibunuh."

Banyak lagi hadis yang seumpama ini yang menunjukkan dengan jelas bahawa hukuman bagi orang-orang yang murtad adalah dibunuh. Mereka tidak dibakar. Ini disebabkan adanya larangan dari Rasulullah untuk mengazab seseorang dengan azab Allah, iaitu api (dibakar). Selain itu, keumuman hadis, "Barangsiapa murtad maka bunuhlah ia", menunjukkan bahawa hukum bagi mereka yang murtad adalah dibunuh. Sedangkan apa yang diperbuat oleh Ali radhiAllahu 'anhu. tidak boleh dijadikan dalil, sebab yang menjadi pegangan kita di sini ialah perkataan Rasulullah, bukannya perbuatan Ali. Apa yang dilakukan oleh Ali adalah berdasarkan ijtihadnya yang mungkin pada waktu itu dibuat sebelum beliau mendengar hadis yang melarang mengazab seseorang dengan azab Allah (membakar).

Berkaitan pembahasan orang yang murtad dianjurkan untuk bertaubat dalam tempoh tiga hari adalah berdasarkan hadis dari Marwan, bahawa Rasulullah Salallahu 'alaihi wa Sallam memerintahkan agar menasihati orang yang murtad. Abu Bakar juga pernah melakukan hal seperti ini. Daruquthniy dan Baihaqiy mengeluarkan hadis, "Bahawa Abu Bakar radhiAllahu 'anhu menganjurkan wanita yang murtad untuk bertaubat. Wanita itu bernama Ummu Qurfah, di mana dia kafir setelah masuk Islam. Wanita itu tidak mahu bertaubat, sehingga beliau (Abu Bakar) membunuh wanita itu."

Anjuran taubat selama tiga hari, bukanlah qayyid (batasan). Tiga hari adalah batas minima yang umumnya memungkinkan terjadinya insaf. Jika dalam tempoh itu masih juga tidak mahu insaf, maka tempoh itu boleh dilanjutkan (oleh Qadhi). Sebab, maksud dari anjuran bertaubat adalah menyedarkan dia tentang Islam, dan supaya dia kembali kepada Islam sehingga dia mesti diberikan masa yang mencukupi untuk bertaubat. Diriwayatkan bahawa Abu Musa memberi kesempatan bertaubat seorang yang murtad di mana kemudian Mu'az memerintahkan untuk membunuhnya. Kemudian Abu Musa membunuh orang murtad tersebut, setelah memberi kesempatan taubat selama dua bulan sebelum kedatangan Mu'az. Walaubagaimanapun, taubat hanya diterima jika dia tidak mengulangi kemurtadannya. Jika ternyata dia mengulanginya, maka taubatnya tidak diterima dan dia mesti dibunuh segera tanpa diberi tempoh lagi (tidak dikira lagi samada dia bertaubat atau tidak).

Diriwayatkan oleh Asyram dari Thibyana bin Umarah, "Bahawa seorang lelaki dari Bani Saad melintas ke Masjid Bani Hanifah, sedangkan mereka sedang membaca sajak Musailamah al Kadzab. Kemudian lelaki itu pergi kepada Ibn Mas'ud dan menceritakan kejadian itu. Kemudian mereka didatangi dan mereka disuruh bertaubat. Semuanya telah meninggalkan jalan keyakinan mereka kecuali seorang lelaki, di mana Ibn Nuwahah berkata kepadanya, "Sungguh aku melihat engkau satu kali, dan aku menduga engkau telah bertaubat, dan aku melihatmu mengulangi lagi perbuatanmu itu. Maka lelaki tersebut dibunuh."

Seperkara yang perlu diperhatikan ialah dari segi perlaksanaan hukum di mana mereka yang dibenarkan untuk membunuh orang murtad adalah negara (pemerintah) atau orang yang ditugaskan oleh negara (Qadhi). Mana-mana individu atau jemaah tidak boleh melakukannya. Tugas individu atau jemaah hanyalah sebatas memberi peringatan, ancaman dan memuhasabah pemerintah yang tidak menerapkan hukum Islam. Malah wajib ke atas mana-mana individu atau jemaah meluruskan pemerintah dalam kes ini. Individu atau jemaah juga boleh berdakwah kepada mereka yang murtad agar kembali kepada Islam dan jika mereka berdegil, urusan mereka dikembalikan kepada pemerintah (untuk dihukumi).

Menjawab Kebohongan dan Pengeliruan

Di dalam mempertahankan perjuangan mereka, golongan sokong-murtad ini telah mengelirukan umat Islam dengan tafsiran ayat "tidak ada paksaan dalam agama..." [TMQ al-Baqarah:256]. Mereka mengatakan bahawa orang Islam boleh keluar dari Islam berdasarkan ayat ini. Kesalahan mereka amat jelas dan ketara di mana ayat yang mulia ini sebenarnya menerangkan tidak ada paksaan ke atas orang kafir untuk memeluk Islam, bukan sebaliknya. Jadi meskipun wajib bagi orang kafir untuk masuk Islam (lihat Ali-Imran:3,19,85), mereka hendaklah memeluk Islam atas kerelaan dan kesedaraan sendiri dan bukan kerana ada paksaan.

Mereka juga berhujah mengatakan bahawa hadis "Barangsiapa menukar agamanya maka bunuhlah dia" sebagai Hadis Dha'if (lemah), kerana terdapat Muhamad bin Al-Fadhal di dalam sanadnya. Sebenarnya Muhamad bin Al-Fadhal diterima oleh ahli hadis, sehinggalah penghujung umur beliau. Imam Bukhari berkomentar bahawa dia adalah tsiqah (dipercayai) tetapi "berubah-ubah di penghujung umurnya". Kebohongan golongan sokong-murtad ini jelas di mana mereka sebenarnya tidak mengkaji hadis ini dengan sempurna. Terdapat hadis yang sama diriwayatkan oleh Bukhari melalui 16 sanad yang lain yang tidak terdapat Muhamad bin Al-Fadhal di dalamnya. Yang mereka ketengahkan ialah satu sanad sahaja yang dikatakan tidak sahih kerana adanya Muhamad bin Al-Fahdhal (Hadis #6411) walhal terdapat 16 sanad yang lain (Hadis #2794) yang tidak terdapat Muhamad bin Al-Fadhal dan yang langsung tidak mengandungi kecacatan di dalamnya namun ini tidak pernah tidak dibincangkan oleh golongan sokong-murtad ini.

Terdapat banyak lagi pengeliruan dan kebohongan nas-nas yang dilakukan di dalam membolehkan murtad ini. Golongan ini sememangnya 'kreatif' di dalam mencari nas demi merubah hukum Allah. Disebabkan keterbatasan ruang, kami tidak dapat untuk menyiarkan semua hujah-hujah palsu mereka untuk dijawab. InsyaAllah di lain waktu akan diperbincangkan.

Khatimah

Slogan Hak Asasi Manusia yang dilaungkan oleh kafir Barat telah betul-betul dimanfaatkan oleh mereka untuk menguasai negara umat Islam dan meluaskan cengkaman mereka ke atas kita. Selain dari menjajah umat Islam dari segi ketenteraaan, politik, ekonomi, pemikiran dan kebudayaan, musuh-musuh Allah ini juga tidak pernah putus asa berusaha mengeluarkan kaum Muslimin dari agama Islam. Allah Subhanahu wa Ta'ala mengingatkan kita,
"Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya"[TMQ al Baqarah:217].

Wahai kaum Muslimin! Kita semua tahu bahawa salah satu tujuan luhur Islam dalam menjaga masyarakat (yang disebut sebagai maqasid syar'iyyah) adalah 'menjaga agama/aqidah'. Allah sekali-kali tidak memberi hak dan keizinan ke atas manusia untuk menyekutukanNya atau tidak mempercayai kewujudanNya (atheist). Allah Subhanahu wa Ta'ala menjaga agamaNya melalui hukum bunuh ke atas orang-orang yang telah menukar kepercayaan (murtad) ini. Dan orang yang dibebankan oleh Allah untuk melaksanakan hukuman ini tidak lain tidak bukan adalah pemerintah. Wajib ke atas pemerintah menjaga agama Allah dengan menerapkan sistem yang datang dari Allah, bukan menerapkan hukum mengikut kehendak sendiri, kehendak manusia lain, apatah lagi kehendak musuh-musuh Allah (kafir Barat). Kita selalu berdoa dan mengharapkan supaya Allah menjadikan orang-orang yang bertaqwa/takut (kepada Allah) sebagai pemimpin kita, bukan pemimpin yang 'bertaqwa' kepada Barat. Hanya pemimpin yang bertaqwa kepada Allah sahajalah yang akan menyelamatkan umat ini dari kehancuran.

Rasulullah dan para khulafa' telah berjaya mengIslamkan umat manusia. Mereka benar-benar menjaga aqidah umat yang telah memeluk Deenul haq ini. Penerapan hukum bunuh ke atas si murtad telah berjaya menjaga kesucian dan kebenaran agama Allah ini. Sudah lama kita mengharapkan perkara yang sama dilakukan oleh para pemerintah, tetapi harapan tinggal harapan. Undang-undang yang ada sekarang adalah hasil ciptaan manusia dan telah terbukti gagal menangani masalah ini. Undang-undang aqal yang lahir dari sistem demokrasi ini tidak pernah berjaya dan ia akan terus gagal dan gagal. Tidakkah kalian sedar wahai kaum Muslimin? Tidakkah kita semua rindu akan kehidupan di mana Sistem Allah diterapkan di dalamnya? InsyaAllah kerinduan kita ini akan terubat bilamana kita menyaksikan Daulah Khilafah sekali lagi memayungi dunia. Tetapi kita tidak boleh menanti wahai saudaraku, kita wajib berjuang untuk mendirikannya sebagaimana perjuangan Rasulullah semasa di Makkah dahulu sehingga tertegaknya Daulah Islamiyyah di Madinah. Perjuangan merubah pemikiran-pemikiran kufur yang ada pada umat untuk digantikan dengan pemikiran-pemikiran Islam yang berasal dari wahyu, bukan yang datang dari sistem demokrasi-sekular. Hukum bunuh ke atas orang-orang murtad akan kembali diterapkan bilamana Daulah Khilafah memerintah dunia nanti. Wahai kaum Muslimin, kekallah kalian di dalam agama ini dan patuhilah segala perintah Allah. Ingatlah! Haram untuk kita mati di dalam keadaan tidak tunduk patuh kepada Allah dengan sebenar-benarnya.

"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Muslim". [TMQ Ali-Imran:102]
posted by ibnu_daud @ 9:48 AM   0 comments
DIET RASULULLAH S.A.W
Monday, July 17, 2006

Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua...

Ini adalah diet Rasullulah SAW. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2.

>> >Jangan makan SUSU + DAGING
>>>Jangan makan DAGING + IKAN
>>>Jangan makan IKAN + SUSU
>>>Jangan makan AYAM + SUSU
>>>Jangan makan IKAN + TELUR
>>>Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
>>>Jangan makan SUSU + CUKA
>>>Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

>>> JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa................................. Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakbalas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuatamalan spt:-


Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Sama2lah kita mengamalkannya.......
WallahuA'lam
posted by ibnu_daud @ 5:56 AM   0 comments
IMAN SEMUT VS IMAN MANUSIA
Friday, July 14, 2006

IMAN SEMUT

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa,apabila Nabi AllahSulaiman nampak seekor semut melata di atas batu;lantas Nabi AllahSulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendakhidup di atas batu yangkering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

NabiAllah Sulaiman punbertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkauyakin ada makanan cukupuntuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, akupercaya rezeki di tanganALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasiryang tandus ini adarezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman punbertanya: " Wahai semut,berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkaugemar makan? Dan banyakmana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandumsebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamumakan hanya sebijigandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, akuboleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, diangkat semut itu dandimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandumsebiji, dibubuhdalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggalsemut di dalambekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanyadimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi AllahSulaiman menemplaksemut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamumakan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknyasama seperti sebijigandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah akumakan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yangkerjanya mengorekkubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukankerja orang ganjil.Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itukubur perlu digalidulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah iniialah dia tidak galikubur untuk tanam mayat.Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, warissudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang kekubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah diINTERVIEW oleh MunkarNakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur,50 kubur sampai100 kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada ImamSuffian dan bertanyakepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kuburorang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masihberhadap kiblat. Yang98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab ImamSuffian:" Di akhir zamanhanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu ditangan Allah. 98orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tanganTuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya,iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil:
" ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA,
ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA,
ILMU MENJADI HAKIM, HARTADIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".
posted by ibnu_daud @ 1:05 PM   0 comments
Sihat cara saintifik nabi kita
Thursday, July 13, 2006

Fizikal, mental dan rohani adalah elemen penting dalam memastikan badan yang sihat, insyallah untuk panjang umur."Ajal maut dan jodoh pertemuan memang ditangan tuhan, tetapi usaha dari manusia itu perlu sebelum berserah pada tuhan. "

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunat dan solat Fardhu, solat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah.
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB.
- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan.

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul sentiasa rapi & bersih, tiap hari khamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku,bersisir dan berminyak wangi."Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa.Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim).

3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul :"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq>>> Alaih)
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda :
-Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.

4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya.Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah"diulangi sampai 3 kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa.Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk,dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaitan
- Segeralah berwudhu
- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati.

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan impak psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras,serta tawakal kepada Allah SWT.

7. TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga kestabilan hati, kesihatan jiwa & mental maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat. Tidak iri hati bila kawan atau kenalan mendapat keuntungan seperti naik pangkat, berjaya dalam perniagaan, mempunyai anak-anak yang berjaya dsbnya. Dan disarankan untuk membantu rakan-rakan untuk berjaya, di mana ia akan memberi kepuasan dalaman yang hakiki.

::Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah...::
posted by ibnu_daud @ 4:53 AM   0 comments
10 perbuatan sia-sia perlu dielak ummah
Wednesday, July 12, 2006


SUFYAN ats-Tsauri, seorang ulama hadis terkemuka, menyatakan ada 10 perkara yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:

>Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidakdimohonkannya doa untuk ibu bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

>Orang yang membaca al-Quran, tetapi tidak membaca secara tertib sehingga 100 ayat setiap hari.

>Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan solat tahyatul masjid.

>Orang yang melewati tanah perkuburan, tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah mereka.

>Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian dia keluar dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.

>Lelaki atau wanita tinggal dalam suatu lingkungan dengan seorang ulama, tetapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

>Dua lelaki yang bersahabat, tetapi mereka tidak saling menanyakan keadaan masing-masing dan keluarganya.

>Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

>Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu berharga untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

>Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang dia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.
posted by ibnu_daud @ 2:23 PM   0 comments
Untuk para sahabat ku sekalian alam!!!!
Monday, July 03, 2006
1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
~ dah jadi dah...
2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukanpersetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."- Sahih Muslim
~ dah nampak dah...skodeng lagi.
3) Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah
~ S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah
4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah...
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu
6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi,maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani
~ george bush
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc etc)
10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok...
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu darimereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim
~ try baca akhbar2 & majalah2 yg popular skarang nie...
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" - Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir
posted by ibnu_daud @ 3:16 PM   0 comments
::. ABOUT ME .::

Name: ibnu_daud
Home:
About Me: Kemenangan dan kejayaan hanya milik mereka yang sanggup berkorban, sabar menanggung kesusahan dan kemiskinan
See my complete profile
::. MY STATUS ONLINE .::
  • ibnu_daud
  • ::. PREVIOUS POST .::
    ::. ARCHIVES .::
    ::. LAMAN PILIHAN .::
  • Ustaz Azhar Idrus
  • MAQAZ Shoubra
  • Merah Tinta
  • Nik Abduh Nik Aziz
  • Ustaz Salman Maskuri
  • Ustaz Hazmi Dibok
  • Ustaz Hairul Nizam Mat Husin
  • Mini Pavilion
  • Tukaran Wang Asing
  • Ustaz Yusof Embong
  • Ustaz Fezul Ismail
  • Penarik Beca
  • Live Goalz
  • WebTV PAS
  • ::. PMRAM, BKAN & DPM .::
    ::. BLOG PIMPINAN .::
  • Pakatan Rakyat
  • Dr. Lo'lo'
  • Dr. Syed Azman
  • Azmin Ali
  • Anwar Ibrahim
  • Zulkifli Nordin
  • Hatta Ramli
  • Mat Sabu
  • Husam Musa
  • Ustaz Nasharudin Mat Isa
  • Ustaz Nasrudin Tantawi
  • Tian Chua
  • ::. BLOG SAHABAT.::
  • Azraie Saballah
  • Afifuddin Md Jamil
  • Mohd Zarimi
  • Fadhlullah Hj Ismail
  • Taufik Pangilun
  • Mohd Bakri
  • Mohd Amin Ahmad
  • Mohd Fadzlah
  • Mohd Fazli Ibrahim
  • Muhammad Kamal
  • Saifudin Bin Abdul Sani
  • Ahmad Mustafaruddin
  • Mohd Saifulloh Mustafa
  • ::. LINKS .::










    ::. POWERED BY .::

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © salam perjuangan Template by Isnaini Dot Com