<$BlogMetaData$>

::. MASA ITU EMAS .::
 
::. PENGUNJUNG .::
 
 
AmazingCounters.com

 

::. KALENDAR HIJRAH .::
::. SEMBANG-SEMBANG .::
 

 

::. SUHU .::

::. WAKTU SOLAT .::

.

::. HALAWA TELINGA .::
Ikim FM - Pilihan Utama

Nasyidfm.net - Pilihan Utama

RENUNGAN KITA BERSAMA
Saturday, April 05, 2008
Air mata nabi Adam a.s.:
Tahukah anda, semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud di atas gunung
selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.
Dari air mataNabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih.
Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh airini."
Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya
kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.
Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."


Apa Yang Akan Ditanya
:
Dalam sehari ada 24 jam.?
Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?


Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan. Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."


Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.
Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana
dan siapa yang kau cari?"
Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."

Sahabat2 yang dirahmati Allah S.W.T., marilah kita sama merenungi dan muhasabah diri kita, sejauh mana hubungan kita dengan Allah S.W.T.
Apakah kita benar2 menjadi seorang hamba yang sentiasa mensyukuri nikmatNYA dan menjalankan amanah yang terpundak dibahu kita sebagai khalifah di muka bumi ini?
Adakah kita tergolong dikalangan orang-orang yang bercahaya atau orang-orang yg menjadi buruan "Huraisy"??????
Marilah sama-sama kita memperbaiki dan mempersiapkan diri kita untuk mendapat keredhaanNYA........
Sama-sama kita fikirkan.........

posted by ibnu_daud @ 3:09 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
::. ABOUT ME .::

Name: ibnu_daud
Home:
About Me: Kemenangan dan kejayaan hanya milik mereka yang sanggup berkorban, sabar menanggung kesusahan dan kemiskinan
See my complete profile
::. MY STATUS ONLINE .::
  • ibnu_daud
  • ::. PREVIOUS POST .::
    ::. ARCHIVES .::
    ::. LAMAN PILIHAN .::
  • Ustaz Azhar Idrus
  • MAQAZ Shoubra
  • Merah Tinta
  • Nik Abduh Nik Aziz
  • Ustaz Salman Maskuri
  • Ustaz Hazmi Dibok
  • Ustaz Hairul Nizam Mat Husin
  • Mini Pavilion
  • Tukaran Wang Asing
  • Ustaz Yusof Embong
  • Ustaz Fezul Ismail
  • Penarik Beca
  • Live Goalz
  • WebTV PAS
  • ::. PMRAM, BKAN & DPM .::
    ::. BLOG PIMPINAN .::
  • Pakatan Rakyat
  • Dr. Lo'lo'
  • Dr. Syed Azman
  • Azmin Ali
  • Anwar Ibrahim
  • Zulkifli Nordin
  • Hatta Ramli
  • Mat Sabu
  • Husam Musa
  • Ustaz Nasharudin Mat Isa
  • Ustaz Nasrudin Tantawi
  • Tian Chua
  • ::. BLOG SAHABAT.::
  • Azraie Saballah
  • Afifuddin Md Jamil
  • Mohd Zarimi
  • Fadhlullah Hj Ismail
  • Taufik Pangilun
  • Mohd Bakri
  • Mohd Amin Ahmad
  • Mohd Fadzlah
  • Mohd Fazli Ibrahim
  • Muhammad Kamal
  • Saifudin Bin Abdul Sani
  • Ahmad Mustafaruddin
  • Mohd Saifulloh Mustafa
  • ::. LINKS .::










    ::. POWERED BY .::

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © salam perjuangan Template by Isnaini Dot Com