|
|
Thursday, June 22, 2006 |
LELAKI ACUAN AL-QURAN
LELAKI ACUAN AL-QURAN SEORANG LELAKI YANG BERIMAN MEMILIH MUSLIM MUTTAQEEN SEBAGAI JATI DIRI HATINYA DISALUTI RASA TAQWA KEPADA ALLAH SWT APABILA DISEBUT ASMA' ALLLAH.. GEMENTAR HATINYA, GEMURUH JANTUNGNYA
LELAKI ACUAN AL-QURAN SENTIASA HAUS DENGAN ILMU SOLATNYA ADALAH MARUAH DIRINYA TIDAK PERNAH GENTAR UNTUK BERKATA BENAR TIDAK PERNAH LESU UNTUK MELAWAN NAFSU
LELAKI ACUAN AL-QURAN DIA YANG MENGHORMATI IBU BAPANYA BAKTI DIHULURKAN BUAT AYAHBONDA DAN KELUARGA DIA BAKAL MENJAGA KEHARMONIAN RUMAHTANGGANYA KELAK MEMBERIKAN BIMBINGAN DUNIA DAN AKHIRAT BUAT ZAUJAH JUA PERMATA HATINYA WASATIAH AMALAN HIDUPNYA PENDORONG MENUJU BAITI JANNATI KERANA DUNIA BAGINYA HANYALAH LADANG MENUJU AKHIRAT JUA RUMAH SEMENTARA SAHAJA MENUNGGU YANG NYATA DI AKHIRAT SANA
LELAKI ACUAN AL-QURAN SENTIASA BERSEDIA UNTUK AD-DEENNYA HIDUPNYA DISINARI CAHAYA NAUNGAN AL-QURANUL KARIM SIFAT RASULULLAH KETAATAN DIRINYA BICARANYA ADALAH AMALANNYA GERAK LAKUNYA ADALAH ILMUNYA
LELAKI ACUAN AL-QURAN PABILA MENGHADAP WAJAHNYA KEPADA YANG MENCIPTA BERDIRINYA PENUH TERTIB RUKUKNYA PENUH TAWADHU' SUJUDNYA PENUH KUSYUK DUDUKNYA PENUH TASYAHHUD DOANYA PENUH MALU "YA ALLAH, ANDAINYA KEJAHATAN TAK KU LAKUKAN KERANA TAKUT AKAN BAKARAN API NERAKA-MU, MAKA KAU CAMPAKKANLAH AKU KEDALAMNYA... ANDAINYA AKU MENDAMBAKAN SYURGA-MU KERANA PAHALA YG KAU JANJIKAN, MAKA KAU HARAMKANLAH KAKIKU MENJEJAK SYURGA IMPIANKU ITU, TETAPI JIKA HIDUPKU MATIKU KERANA MENGHARAPKAN REDHA-MU YA RABB, MAKA JANGANLAH KAU MALAPKAN HATI INI KERANA HATI INI TELAH BERLABUH UNTUK SENTIASA TAAT DAN DEKAT DENGANMU, WAHAI RABBUL 'IZZATI.."
LELAKI ACUAN AL-QURAN BASAH MATANYA KERNA RINDU-NYA PADA YANG KHALIQ BASAH LIDAHNYA KERANA SELALU MENYEBUT ASMA' TUHANNYA GEMAR TELINGANYA MENDENGAR ALUNAN ZIKIR MUNAJAT TANGKAS LANGKAH KAKINYA BERJEMAAH DI RUMAH ALLAH
LELAKI ACUAN AL-QURAN MEDAN PERJUANGAN SYAHID IMPIANNYA HAYYA 'ALAL JIHAAD!! MENYERU PARA MUJAHIDDEEN DIALAH KUBU PERTAHANAN ISLAM TEGAS DENGAN KAFIR LAKNATULLAH TAKKAN MUDAH ISLAM TUNDUK PADA KUASA KUFFAR KELUAR DIJALAN ALLAH SETINGGI CITA-CITANYA TEGAKNYA MEMASAKKAN KALIMAH ALLAH DI PELUSUK DUNIA KEWAJIPAN SEORANG DA'E BAGAI DIRINYA HATINYA BAGAIKAN TAHU BAHAWA MASIH RAMAI YANG CUKUP DAHAGAKAN SUATU GEMERLAPAN CAHAYA ISLAM YG MAHA INDAH
DIALAH LELAKI ACUAN AL-QURAN DIA LAYAK BUAT WANITA ACUAN AL-QURAN JUA.. KERANA, BUATMU WANITA... ANDAI DIRI MENGHARAP TEMAN SEZUHUD ALI KARRAMALLAHU WAJHAH HIASILAH DIRI UMPAMA PEMURAHNYA FATIMAH AZ-ZAHRA USAH DIDAMBA TEMAN SETAKWA NABI ALLAH IBRAHIM AS ANDAI HATI TIDAK DISALUTI KETABAHAN SITI HAJAR MENGAPA IMPIKAN TEMAN SEHEBAT KEKASIH ALLAH, MUHAMMAD SAW ANDAI KESETIAAN BAGAI KHADIJAH AL-KHUWAILID BUKAN WAJAH DIRIMU! |
posted by ibnu_daud @ 1:05 PM |
|
|
|
|