Beliau ialah Yahya bin al-Qasim bin Muhammad al-Baqir bin Ali Zain al-'Abidin bin al-Imam al-Husain bin Saiyidina Ali Ibn Abi Talib-radhia Allah 'anhum-. Saiyid Yahya masyhur dengan gelarannya Yahya 'as-Syabih bi an-Nabi (SAW) kerana beliau seiras dengan nenda beliau,Baginda Rasulullah SAW pada rupa dan perlakuannya,serta dari sudut kehebatan,ketenangan,kemuliaan serta keberanian yang ada pada dirinya. Beliau juga terkenal dengan ilmu dan keberkatan.Oleh sebab itulah beliau dan ahli keluarganya telah diundang ke Mesir atas jemputan daripada pemerintah Mesir,Sultan Ahmad Ibnu Tulun supaya datng menetap di Mesir. Beliau meninggal dunia dan di semadikan di kawasan berhampiran Masjid as-Syafie.Kedudukan makam beliau adalah berhampiran dengan makam bapa dan saudara-saudaranya.
|