<$BlogMetaData$>

::. MASA ITU EMAS .::
 
::. PENGUNJUNG .::
 
 
AmazingCounters.com

 

::. KALENDAR HIJRAH .::
::. SEMBANG-SEMBANG .::
 

 

::. SUHU .::

::. WAKTU SOLAT .::

.

::. HALAWA TELINGA .::
Ikim FM - Pilihan Utama

Nasyidfm.net - Pilihan Utama

PiLiHLaH KeAdAaN YaNg TiDaK MeMaKsA KiTa
Tuesday, June 27, 2006
Majlis akad nikah itu baru sahaja usai. Saya danbeberapa orang sahabat masih menikmatiminuman ringan yang disediakan oleh pihak tuanrumah. Tiba-tiba seorang lelaki tua yang memangsaya kenali menarik tangan saya danbertanya, "Kenapa orang sekarang kahwin lambatsangat?" Saya lantas bertanya, "Tuk dulu kahwincepat?"

"Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat anakseorang..." Terbayang anak perempuan saya yangmenuntut di tingkatan 5 sekarang.Sukar nakmembayangkan betapalah di usia itu dia sudahmempunyai anak.

"Bahagia Tuk?"

"Tak bahagia apa... anak Tuk 12 orang!

"Terhibur saya berbual dengannya, semuanyadiukur dengan angka.

"Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tumasih menuntut lagi, orang heboh saya tak sabar,"adu saya tanpa dipinta. Sengaja mengundangreaksi.

"Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tuk, tu kiraterlajak dah tu!"

"Betulkah saya tak sabar, Tuk? " tanya sayasemacam mengusik.

"Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat.Selamat dari maksiat. Kalau betul tak sabar, Tukni lagilah tak sabar...umur 17 tahun dah kahwin,heh, heh, heh..."

"Setuju tak Tuk kalau dikatakan soal kahwin nibukan soal cepat lambat, tapi soal dah bersediaatau tidak?"

"Setuju. Tapi kena hurailah maksud persediaantu..." tajam Tuk membalas.

"Kalau ikut pandangan Tuk, apa agak-agaknyapersediaan tu?"

"Soal ni tak boleh agak-agak... Mesti tepat.

"Terkedu saya dibuatnya. Tuk ni bukan sebarang
orang.

"Maksud bersedia bukan sahaja dari segiumur...Asal akil baligh dah boleh kahwin. Bukansahaja diukur oleh badan yang sihat, pendapatanyang cukup, tapi yang penting kematangandiri...Ertinya, seseorang yang nak kahwin mestidah mula dapat berfikir dengan baik, dah bolehsedikit sebanyak kawal perasaan, dan jiwa tu sikit-sikit dah agak tenang.

"Saya menung panjang. Tertikam di sudut hatipetanyaan, sudahkah saya matang sewaktu mulaberkahwin dahulu?

"Jangan menung... Tuk cuma kata, dah sedikitsebanyak matang. Tak payah tunggu matangbetul...nanti tak kahwin pula!" usik Tuk sepertidapat membaca fikiran saya. Walau tanpa ijazah,Tuk sebenarnya sedang menjelaskan asaskebahagiaanrumah tangga yang kadang kala tidakdapat ditimba di mana-mana menara gading.

"Macam mana nak matang?" tanya saya perlahan.Malu rasanya untuk diajukan soalan sedemikian diusia 40-an ini. Terasa terlambat!

"Tentulah dengan ilmu. Dulu Tuk dan kawan-kawan...umur sebelas tahun dah khatam Quran.Dah selesai belajar ilmu fardu ain. Rukun, sah,batal dan lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudahbaligh buka kitab Muhimmah, baik lelaki, baikperempuan. Dah diterangkan tanggung jawabsuami, isteri dan asas-asas kerukunan rumahtangga.

""Itu sahaja? Ilmu lain?" soal saya pendek.

"Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yangotak baik, jadilah guru, pegawai kerajaan... ikutkeadaan zaman tulah. Tuk ni tak nasib baik...kerjakampung sahaja, guna tulang empat kerat, bukatanah. Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnyasampai sekarang ni..."

"Tapi sekarang Tuk dah senang. Dengarnya dahdua kali naik haji."

"Tak senang. Tapi mudah-mudahan... tenang.Tulah doa Tuk, biar hidup kita tenang."

"Agaknya sebab kurang matang nilah orangsekarang kahwin lambat?" cuit saya, kembali ketajuk asal.

"Ni agak Tuklah. Budak sekarang tak macam dulu.Mereka ni macam lambat matang. Kalau dulu umur13 dah boleh pikul tugas. Dah berdikari, dah bolehharap jaga emak bapak. Setakat jadi imam danbaca berzanji tu lancar... tapi sekarang lain, umurdah 23 tahun pun masih bergantung kepada emakbapak. Nak jadi imam? Jauh sekali."

Terbayang kekesalan di wajahnya. Diamenyambung, "Sekali tu Tuk tengok betul-betuldengan mata kepala ni macam mana seorangbakal pengantin tersekat-sekat mengucap kalimahsyahadah depan tuk kadhi. Bila tanya rukunsembahyang, geleng kepala.Yang dihafalnya rukunnikah saja..."

"Kalau macam tu macam mana?"

"Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nakpimpin isteri dan anak-anaknya nanti? Tu baru ilmuyang paling asas, belum lagi ilmu... apa orangkata... ... parenting skill."

"Tuk pun tahu parenting skill?"

"Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Diradio, tv, ceramah, buku-buku... ah, macam-macam."

"Tapi Tuk, kalau tak kahwin pun susah juga...Nantiterjebak dengan maksiat," kilas saya.

"Tulah, ajaran Islam ni macam mata rantai. Lepassatu disambung satu. Bermula dengan yang palingutama, diikuti yang kedua, ketiga danseterusnya... Ilmu tauhid, fekah dan akhlak perludiasak di awal usia. Diiring ilmu akademik. Jadi,bila dah nak kahwin nanti, ilmu tu semua dah ada.Persediaan agama ada, persediaan material ada."

"Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkankahwin kerana katanya belum bersedia, dari segimaterial dan agama?"

"Apapun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkanilmu agama... sampai mati pun tak akan habisdituntut. Cukuplah sekadar keperluan dulu dantambah lagi selepas kahwin. Begitu juga soalmaterial, soal kerja, profesion... Ni pun tak akanhabis-habis. Ukurlah ikut keperluan dankemampuan diri. Jangan sampai terlanjut usiasudahlah. Jangan nanti ilmu ada, matang ada, duitada, calon pulak tak ada..."

"Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masakini?" terluncur soalan yang berbau akademiktanpa saya sedari.

"Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaranIslam, keadaan jadi agak lintang-pukang sekarang.Yang berkat jadi mudarat. Tak dikahwinkan,membuat maksiat. Bila dikahwinkan, takbertanggungjawab."

"Antara dua keadaan ni... yang mana patut kitapilih?"

"Perlukah kita buat pilihan? Pada Tuk... pilihlahkeadaan yang tidak memaksa kita membuatpilihan!"

Saya terdiam. Kagum. Kata-kata tersirat itu bolehmengundang seribu wacana para sarjana!
posted by ibnu_daud @ 7:27 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
::. ABOUT ME .::

Name: ibnu_daud
Home:
About Me: Kemenangan dan kejayaan hanya milik mereka yang sanggup berkorban, sabar menanggung kesusahan dan kemiskinan
See my complete profile
::. MY STATUS ONLINE .::
  • ibnu_daud
  • ::. PREVIOUS POST .::
    ::. ARCHIVES .::
    ::. LAMAN PILIHAN .::
  • Ustaz Azhar Idrus
  • MAQAZ Shoubra
  • Merah Tinta
  • Nik Abduh Nik Aziz
  • Ustaz Salman Maskuri
  • Ustaz Hazmi Dibok
  • Ustaz Hairul Nizam Mat Husin
  • Mini Pavilion
  • Tukaran Wang Asing
  • Ustaz Yusof Embong
  • Ustaz Fezul Ismail
  • Penarik Beca
  • Live Goalz
  • WebTV PAS
  • ::. PMRAM, BKAN & DPM .::
    ::. BLOG PIMPINAN .::
  • Pakatan Rakyat
  • Dr. Lo'lo'
  • Dr. Syed Azman
  • Azmin Ali
  • Anwar Ibrahim
  • Zulkifli Nordin
  • Hatta Ramli
  • Mat Sabu
  • Husam Musa
  • Ustaz Nasharudin Mat Isa
  • Ustaz Nasrudin Tantawi
  • Tian Chua
  • ::. BLOG SAHABAT.::
  • Azraie Saballah
  • Afifuddin Md Jamil
  • Mohd Zarimi
  • Fadhlullah Hj Ismail
  • Taufik Pangilun
  • Mohd Bakri
  • Mohd Amin Ahmad
  • Mohd Fadzlah
  • Mohd Fazli Ibrahim
  • Muhammad Kamal
  • Saifudin Bin Abdul Sani
  • Ahmad Mustafaruddin
  • Mohd Saifulloh Mustafa
  • ::. LINKS .::










    ::. POWERED BY .::

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © salam perjuangan Template by Isnaini Dot Com