<$BlogMetaData$>

::. MASA ITU EMAS .::
 
::. PENGUNJUNG .::
 
 
AmazingCounters.com

 

::. KALENDAR HIJRAH .::
::. SEMBANG-SEMBANG .::
 

 

::. SUHU .::

::. WAKTU SOLAT .::

.

::. HALAWA TELINGA .::
Ikim FM - Pilihan Utama

Nasyidfm.net - Pilihan Utama

DOKTOR vs ULAMA'
Saturday, April 25, 2009

Apabila kita sakit atau mengadu kesakitan, kita akan pergi ke hospital atau klinik. Doktor mesti ditemui. Nasihat beliau mesti diminta. Kalau tidak ditemui, sakit seakan-akan makin bertambah, atau perasaan masih belum puas. “Kena tanya doktor jugak.” Kadang-kadang penyakit itu tidaklah kronik atau kritikal, tetapi ia mempunyai kesan psikologi kepada pesakit apabila doktor memberikan pandangannya. Solusi kadang-kadang dengan ubat. Doktor kata: “Ubat ini kena makan 3 kali sehari. 2 sudu teh setiap kali.” Kalau anak tidak mahu makan ubat, kita cukup marah. “Kan doktor dah suruh makan ubat. Kalau nak sembuh, kena makanubatlah.” Ubat itu pula kadang-kadang bukannya manis, tetapi pahit.

Kadang-kadang kena buat pembedahan. “Penyakit pakcik ni kalau tak buat
operation, saya bimbang ia akan lebih melarat.” Maka si pakcik tersebut akhirnya bersedia untuk dibedah walaupun pada awalnya agak keberatan. Kenapa terima? Kerana nasihat doktor. Kedoktoran adalah profesion yang mulia. Para doktor adalah manusia yang bersedia membantu orang lain.

Para alim ulama adalah pewaris Nabi. Mereka tidak mewarisi harta, tetapi mewarisi ilmu, mewarisi agama dan ajaran yang ditinggalkan oleh Nabi saw. Mereka diutus oleh Allah bagi mengubati masyarakat yang sentiasa sakit. Bukan sakit yang memerlukan ubat demam dari doktor, tetapi sakit akhlak, sakit aqidah, sakit perangai. Sakit seperti ini juga perlukan ubat. Dan kadang-kadang ubat itu pahit. Nabi menyebut, maksudnya: “Katakanlah kebenaran walaupun pahit.”. Nasihat yang lembut ibarat ubat manis. Peringatan yang agak keras ibarat ubat pahit. Dan ubat yang pahit seringkali boleh menyembuhkan dengan izin Allah. Penyembuhan itu pula bukan sahaja untuk individu, bahkan keluarga ,masyarakat dan negara. Kalau penyakit biasa, ia sembuh untuk peribadi, tetapi penyembuhan penyakit akhlak, aqidah dan perangai adalah lebih menyeluruh.

Para alim ulama yang menegur, menasihat, memperingatkan bermaksud kebaikan untuk orang lain. Menarik tangan mereka dari kesesatan dan kejahatan. Menyelamatkan mereka dari murka Allah dunia Akhirat. Menjauhkan mereka dari azab dunia Akhirat.

Peranan alim ulama tidak jauh bezanya dengan peranan para doktor. Mereka mengubati pesakit. Tetapi kenapa nasihat doktor didengari, peringatan ustaz dimarahi?
posted by ibnu_daud @ 10:41 PM   1 comments
::. ABOUT ME .::

Name: ibnu_daud
Home:
About Me: Kemenangan dan kejayaan hanya milik mereka yang sanggup berkorban, sabar menanggung kesusahan dan kemiskinan
See my complete profile
::. MY STATUS ONLINE .::
  • ibnu_daud
  • ::. PREVIOUS POST .::
    ::. ARCHIVES .::
    ::. LAMAN PILIHAN .::
  • Ustaz Azhar Idrus
  • MAQAZ Shoubra
  • Merah Tinta
  • Nik Abduh Nik Aziz
  • Ustaz Salman Maskuri
  • Ustaz Hazmi Dibok
  • Ustaz Hairul Nizam Mat Husin
  • Mini Pavilion
  • Tukaran Wang Asing
  • Ustaz Yusof Embong
  • Ustaz Fezul Ismail
  • Penarik Beca
  • Live Goalz
  • WebTV PAS
  • ::. PMRAM, BKAN & DPM .::
    ::. BLOG PIMPINAN .::
  • Pakatan Rakyat
  • Dr. Lo'lo'
  • Dr. Syed Azman
  • Azmin Ali
  • Anwar Ibrahim
  • Zulkifli Nordin
  • Hatta Ramli
  • Mat Sabu
  • Husam Musa
  • Ustaz Nasharudin Mat Isa
  • Ustaz Nasrudin Tantawi
  • Tian Chua
  • ::. BLOG SAHABAT.::
  • Azraie Saballah
  • Afifuddin Md Jamil
  • Mohd Zarimi
  • Fadhlullah Hj Ismail
  • Taufik Pangilun
  • Mohd Bakri
  • Mohd Amin Ahmad
  • Mohd Fadzlah
  • Mohd Fazli Ibrahim
  • Muhammad Kamal
  • Saifudin Bin Abdul Sani
  • Ahmad Mustafaruddin
  • Mohd Saifulloh Mustafa
  • ::. LINKS .::










    ::. POWERED BY .::

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © salam perjuangan Template by Isnaini Dot Com