<$BlogMetaData$>

::. MASA ITU EMAS .::
 
::. PENGUNJUNG .::
 
 
AmazingCounters.com

 

::. KALENDAR HIJRAH .::
::. SEMBANG-SEMBANG .::
 

 

::. SUHU .::

::. WAKTU SOLAT .::

.

::. HALAWA TELINGA .::
Ikim FM - Pilihan Utama

Nasyidfm.net - Pilihan Utama

Teladan Dakwah Rasulullah
Tuesday, April 08, 2008
Firman Allah SWT yang bermaksud

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga walhal belum
datang cubaan kepadamu sebagaimana halnya orang-orang sebelum kamu?
Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan
(dengan berbagai cubaan),…" [Al-Baqarah: 214]

Seorang Muslim yang beriman kepada Allah dan hari kiamat tentunya
memiliki keyakinan bahawa setiap letupan hati, ucapan lisan dan
perbuatannya pasti akan ditanya oleh Allah SWT di yaumil hisab (hari
pembalasan) nanti. Oleh itu, ia akan melakukan setiap perbuatannya
sesuai dengan hukum syara', termasuk dalam aktiviti mengemban
(memikul) dakwah.

Kehidupan Rasulullah SAW adalah kehidupan dakwah, yakni kehidupan
mengemban (memikul) risalah Islam untuk disampaikan kepada seluruh
umat manusia secara kaffah (menyeluruh) serta perjuangan menghadapi
segala bentuk pemikiran kufur dan kehidupan jahiliyah.

Firman Allah SWT yang bermaksud

"Katakanlah: Inilah jalan (dakwah) ku. Aku beserta orang-orang yang
mengikutiku (yang) mengajak kalian kepada Allah dengan hujah yang
nyata. Maha Suci Allah dan aku tidak termasuk orang-orang yang
musyrik." [Yusuf:108]

Selama 23 tahun Rasulullah berjuang dengan sungguh-sungguh, tak kenal
lelah, berdakwah teru-menerus, mengajak manusia kepada Islam dengan
dakwah fikiyyah, dakwah siyasiyyah dan dakwah askariyyah.

Disebut dakwah fikiyyah (intelektual) kerana baginda
memulai dakwahnya dengan menyebarkan aqidah, pandangan hidup,
pemikiran dan pemahaman Islam seraya menyerang segala bentuk
pemikiran kufur, pandangan hidup sesat serta menghancurkan semua
bentuk kepercayaan (tradisi) jahiliyah. Disebut dakwah siyasiyyah
(politikal) kerana di dalam dakwah ini Baginda mengarahkan umat pada
terbentuknya suatu kekuatan sebagai pelindung dan pendukung agar
Islam menjadi rahmat dan tersebar ke seluruh dunia. Manakala dakwah
askariyyah (ketenteraan) adalah dakwah yang dilancarkan melalui
strategi dan taktik dalam jihad fi sabilillah.

Rasulullah berjaya dalam mengemban dakwah dengan
cemerlang,membina dan membentuk masyarakat Islam, mendirikan daulah
(negara) serta menghimpun umat manusia yang sebelumnya terpecah-belah
dalam bentuk berbagai kabilah menjadi umat yang satu di bawah panji
Islam.

Kejayaan Rasulullah SAW dalam mengemban (memikul) dakwah
tentunya kerana apa yang Baginda lakukan merupakan wahyu dari Allah
SWT, Dzat Yang Maha Mengetahui keperluan hamba-Nya. Tidak ada satu
pun perbuatan Rasulullah yang baginda kerjakan atas kehendak atau
keinginan baginda.

Dalam hal ini Allah SWT berfirman

"Katakanlah:… . Aku sekali-kali tidak mengikuti, kecuali apa yang
diwahyukan kepadaku." [al An'aam: 50]

"Dan apa sahaja yang dia (Muhammad) ucapkan itu,sesungguhnya
bukanlah bersumber daripada hawa nafsunya, melainkan wahyu yang
diwahyukan (kepadanya). "[Surah An-Najm: 4]

"Katakanlah (Muhammad): `Aku hanya akan mengikuti apa sahaja yang
diwahyukan kepadaku oleh Tuhanku.' "[Al-A'raf: 203]

"Aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku."[Yunus: 15]

"Aku hanya akan mengikuti apa sahaja yang diwahyukan kepadaku." [Al-
Ahqaq: 9]

"Katakanlah (Muhammad) : `Aku hanya akan memberi peringatan kepada
kamu dengan wahyu.' "[Al-Anbiya' : 45]

Ayat-ayat di atas bermakna bahawa Rasulullah SAW tidak akan
melakukan sesuatu perbuatan kecuali berdasarkan wahyu dari Allah SWT,
dan agar manusia mengikuti apa yang disampaikan Rasul kepada mereka.
Sebagaimana Firman-Nya di ayat yang lain:

"Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah ia. Dan apa yang
dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah. "[Al-Hasyr: 7]

Pada dasarnya kesempurnaan dakwah yang haqiqi sebagaimana yang
dicontohkan oleh Rasulullah SAW pada waktu ini telah berhenti.
Semenjak runtuhnya Daulah Khilafah, umat Islam yang dahulunya utuh
dan bersatu sebagai ummatan wahidah (umat yang satu), berpecah belah
menjadi berbagai bangsa dan negara yang berdiri sendiri-sendiri.
Penaklukan Islam (futuhat Islamiyah) yang seharusnya terus
berlanjutan, kini terhenti secara langsung. Semua itu disebabkan
tidak adanya Daulah (Negara) yang menyatukan umat, sehingga Islam
menjadi lemah padahal mulanya kekuatan Islam sangat kukuh dan
disegani oleh musuh-musuhnya.

Oleh kerana itu, umat Islam yang ingin bangkit harus
menempuh jalan dakwah yang lurus dengan metod (Thoriqah) yang benar
dengan cara memahami perjalanan dakwah Rasulullah secara keseluruhan.
Dengan cara ini, kejayaan Islam insyaAllah akan dapat dicapai untuk
kedua kalinya. Allah lah yang menurunkan agama ini sebagai deen al-
fitrah (agama yang sesuai dengan fitrah) , maka Dia jugalah yang
mengukuhkan dan memenangkannya dari musuh-musuh Islam, sekalipun
mereka berusaha sekuat tenaga untuk melenyapkannya. Dengan mengamati
tahap-tahap turunnya Al-Qur'an dan sebab-sebab turunnya Al-Qur'an,
maka akan dapat difahami arah dan perjalanan dakwah Rasulullah SAW.
Dengan demikian sangat jelas tergambar perbezaan aktiviti dakwah pada
dua period (jangka waktu) yaitu, `period dakwah di Mekah' (belum
berdirinya Daulah Islam (Negara Islam)) dan `period dakwah di
Madinah' (di mana telah berdirinya Daulah Islam).

Period Dakwah Rasulullah di Mekah

Dengan mengamati perjalanan dakwah di Mekah, akan dapat difahami
bahawa Rasulullah SAW berdakwah melalui dua tahap (marhalah). Tahap
Pertama adalah Tahap Pembinaan dan Pembentukan manakala Tahap Kedua
adalah Tahap Penyebaran Dakwah Secara Terang-terangan dan Melakukan
Perjuangan untuk Membentuk Sebuah Masyarakat yang Baru (dari segi
pemikiran dan perbuatan).

(1) Tahap Pembinaan dan Pengkaderan( Pembentukan) [Marhalah Tasqif]

Tahap ini dimulai sejak Baginda SAW diutus menjadi Rasul, setelah
firman Allah SWT :

"Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah, lalu berilah
peringatan!" [Al-Muddatstsir: 1-2]

Baginda SAW secara diam-diam (sirriyah) mulai mengajak masyarakat
untuk memeluk Islam. Selama tiga tahun Baginda SAW menyampaikan
dakwah dalam bentuk ajaran per individu dari rumah ke rumah. Bagi
yang menerima dakwah, segera dikumpulkan di rumah seorang sahabat
bernama Arqam, sehingga rumah tersebut dikenali sebai Daurul Arqam
(rumah Arqam). Di rumah ini setiap hari para sahabat mendengarkan
ayat-ayat Al-Qur'an dan penjelasan dari Rasulullah SAW. Pendek kata
tempat inilah mereka dibina dan dibentuk dengan bersungguh-sungguh
dan terus menerus. Selanjutnya beberapa daripada mereka diutus untuk
menyampaikan dakwah kepada yang lain. Di antaranya adalah Khabab bin
Arts yang mengajarkan Al-Qur'an di rumah Fatimah binti Khaththab
bersama suaminya, yang kemudian dari sinilah Umar bin Khaththab masuk
Islam. Walaupun terasa lambat, namun semakin hari semakin bertambah
jumlah merekahingga mencapai 40 orang dalam tempoh waktu 3 tahun.

Sememangnya dakwah pada marhalah ini dilakukan secara diam-diam,
tetapi bukan bererti Rasulullah takut melaksanakannya secara terang-
terangan. Apakah ada yang meragukan rasa yakin Rasulullah SAW bahawa
dalam mengembang risalah ini pasti akan mendapat perlindungan
daripada Allah SWT? Seandainya dakwah dilaksanakan secara terang-
terangan pun, insyaAllah Rasulullah dijamin keselamatannya oleh
Allah. Bila demikian, mengapa Rasul melakukannya secara diam-diam?

Jika dikaji secara saksama, maka akan dapat difahami mengapa tahap
awal dakwah Rasulullah ini dilakukan secara sirriyah (diam-diam).
Suatu konsepsi atau pemikiran yang masih asing dan belum terfikirkan
oleh masyarakat, hendaklah terlebih dahulu disampaikan secara diam-
diam dengan memperbanyakkan face to face (bersemuka) dan penjelasan.
Ternyata terbukti kemudian, aktiviti seperti ini mampu menghasilkan
kader(pembetukan kumpulan kecil) dan pendukung teguh yang bersedia
mengorbankan apapun untuk meraih cita-cita yang diharapkan. Maka
inilah thoriqah (jalan atau cara) yang tepat untuk mengawali dakwah
di tengah-tengah masyarakat yang menerapkan aturan jahiliyyah yang
sama sekali jauh dari nilai-niali Islam.

Berdasarkan langkah dakwah ini jumhur (majoriti) fuqoha berpendapat
bahawa bila kaum muslimin berada pada posisi atau kedudukan lemah,
rapuh kekuatannya dan khuatir hancur binasa oleh kekuatan lawan, maka
hal ini lebih utamakerana seseorang muslim tidak boleh menyerah
kepada kaum kafir atau zalim dan tidak boleh berdiam diri tanpa
berjihad melawan orang-orang kafir.

Hal ini terbukti pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW pada permulaan
dakwah. Saat bersama isterinya yaitu Siti Khadijah, Rasulullah pernah
diancam oleh Abu Jahal tatkala solat di depan Ka'bah dan dengan
terang-terangan mencela patung-patung berhala yang disembah oleh
orang-orang Arab. Ketika di Mina, Rasul bersama Ali bin Abi Thalib
menyampaikan kepada orang ramai bahawa suatu masa nanti Kerajaan Rom
dan Parsi akan ditakluk oleh Islam.

Menurut periwayan hadis ini, apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah
SAW dan para pengikutnya yang masih berjumlah tiga orang (Siti
Khadijah, Saidina Abu Bakar RA dan Saidina Ali RA) itu adalah untuk
menarik perhatian kaum Quraisy agar berfikir tentang hakikat berhala
yang dijadikan sebagai tuhan, sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi
Ibrahim AS.

Dari hal tersebut dapat pula diketahui bahawa sejak awal dakwah
Rasulullah SAW bukanlah dakwah ruhiyyah (kerohanian) semata-mata,
melainkan juga dakwah siyasiyyah (politik). Kerana tidak mungkin
Kerajaan Rom dan Parsi akan dapat ditakluk tanpa niat dan usaha kaum
muslimin untuk memperoleh kekuasaan yang berdaulat, kekuasaan yang
mampu menggerakkan bala tentera untuk menghancurkan kedua-dua
kerajaan itu.

(2) Tahap Interaksi dengan Masyarakat dan Perjuangan [Marhalah
tafaa'ul wal kiffah]

Pada tahap ini dakwah Rasulullah berubah dari sembunyi-sembunyi
menjadi terang-terangan. Dari aktiviti mendekati individu-individu
untuk kemudian disiapkan kutlah (kelompok) menjadi menyeru secara
langsung dan terbuka kepada masyarakat seluruhnya. Hal ini dilakukan
setelah Rasulullah beserta para pengikutnya mendapat perintah
daripada Allah SWT:

"Maka sampaikanlah secara terang-terangan segala apa yang
diperintahkan kepadamu dan berpalinglah dari orang-orang musyrik."
[Al-Hijr: 94]

Sejak saat itu maka bermulalah pertempuran antara kekafiran dengan
keimanan, dan pertarungan antara pemikiran yang rosak dan tercemar
melawan pemikiran yang benar dan suci. Pertempuran yang dasyat pada
tahap dakwah itu segera mendapat reaksi keras daripada orang-orang
kafir di Mekah. Sehingga menimbulkan tentangan berupa penyiksaan-
penyiksaan yang hebat dan datang secara bertubi-tubi. Pada tahap ini,
para pengikut Rasulullah SAW sungguh-sungguh diuji sampai sejauh mana
kualiti keimanan mereka setelah tiga tahun dibina keperibadiannya
(syakhsiyah) di Darul Arqam.

Penyiksaan secara keji terhadap orang-orang yang memeluk Islam
banyak terjadi. Penyiksaan terhadap Bilil bin Rabah, keluarga Yasir,
Khabab bin Arts, Abu Dzar Al Ghifari, Ibnu Mas'ud, serta boikot yang
dilakukan oleh kaum kafir Quraisy terhadap kaum muslimin hanyalah
sedikit contoh daripada ujian itu.

Di puncak penderitaan itu, Rasulullah SAW berharap ada orang kuat
diantara pengikutnya yang dapat melindungi dakwah. Harapan Rasulullah
tidak sia-sia. Saidina Hamzah, paman Rasulullah yang sangat disegani,
masuk Islam ketika melihat Muhammad Rasulullah dianiaya dan dicaci
maki oleh Abu Jahal. Ketika itulah Rasulullah SAW berdoa:

"Ya Allah, kuatkanlah Islam dengan Abu Jahal bin Hisyam atau dengan
Umar bin Khathtab."

Doa Rasulullah yang mengharapkan Umar bin Khaththab masuk Islam
menjadi pengajaran bahawa dakwah Islam dimana pun perkembangannya
memerlukan pendukung-pendukung yang kuat dari orang-orang yang
memiliki pengaruh di hadapan masyarakat.

Pengajaran lain daripada peristiwa- peristiwa itu adalah bahawa
penderitaan, ujian dan cubaan merupakan ujian iman untuk memisahkan
antara haq dengan yang bathil. Manakah pengikut Rasulullah yang teguh
dan bersungguh-sungguh dan mana yang bukan. Kisah-kisah ini
sepatutnya menjadi pengajaran bagi semua kaum muslimin untuk tetap
dapat istiqomah di jalan dakwah serta ikhlas menegakkan deenullah
(Agama Allah), meskipun mendapat ancaman maut, dianiaya dan disiksa
oleh penguasa yang zalim. Pengorbanan merupakan hal yang tidak dapat
dihindari dalam setiap perjuangan dakwah.

Pada tahap ini, dakwah Rasulullah lebih banyak menggugat mengenai
aqidah, sistem serta adat-istiadat jahiliyah orang-orang kafir Mekah.
Hal ini dapat dilihat dari ayat-ayat Makiyah yang pada umumnya
mengajak manusia untuk memikirkan kejadian alam semesta, agar
meninggalkan kepercayaan nenek moyang yang mereka warisi dan amalkan
dalam kehidupan mereka.

Ayat-ayat tersebut adalah sebagai berikut:

a) Dalam masalah aqidah, seperti yang tersebut dalam firman
Allah SWT:

"….. orang-orang yang hidup mewah di negeri itu
berkata: `Sesungguhnya kami mendapati bapak-bapak kami menganut suatu
agama dan sesungguhnya kami adaqlah pengikut jejak-jejak mereka.'
(Rasul itu) berkata: `Apakah kamu akan mengikutinya juga sekalipun
aku untukmu agama yang lebih nyata memberi petunjuk daripada apa yang
kamu dapati bapak-bapakmu menganutnya? '…."[Az Zukhruf: 23-24]

b) Dalam Bidang Sosial, Allah SWT berfirman:

"Apabila seseorang dari mereka diberi kabar dengan (kelahiran) anak
perempuan, merah padamlah mukanya dan dia sangat marah. Dia
menyembunyikan diri dari orang ramai kerana buruknya berita yang
disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan
menanggung kehinaan ataukah akan menguburnya dalam tanah. Ketahuilah,
alangkah buruknya yang mereka tetapkan itu." [An Nahl: 58-59]

c) Dalam Bidang Ekonomi,Allah SWT berfirman:

"Orang-orang yang menimbunkan emas dan perak serta tidak
menafkahkannya di jalan Allah, beritahukanlah kepada mereka azab yang
amat pedih."[At Taubah: 34]

Aktiviti dakwah yang dilakukan Rasulullah SAW membuatkan para tokoh
pemimpin kafir Quraisy bertindak berkumpul di Darun Nadwah untuk
membincangkan perilaku dan dakwah Rasulullah SAW yang telah
menyusahkan mereka serta menggoncang kepimpinan mereka ke atas kaum
Quraisy. Kemudian dibuat-buat isu bahawa Muhammad memiliki kata-kata
yang menyihir, yang dapat memisahkan seseorang dengan isterinya, dari
keluarganya, dan bahkan dari kaumnya. Akan tetapi kemudian Allah SWT
mengkabarkan kepada Rasulullah SAW mengenai persekongkolan ini
denagan firman-Nya:

"Sesungguhnya dia telah memikirkan dan menetapkan (apa yang
ditetapkannya) . Maka celakalah dia, bagaimanakah dia menetapkan?
Kemudian celakalah dia, bagaimanakah dia menetapkan? Kemudian dia
memikirkan.Sesudah itu, dia bermasam muka dan merungut. Kemudian dia
berpaling (dari kebenaran) dan menyombongkan diri. Lalu dia
berkata: `(Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dipelajari
(dari orang-orang dahulu). Ini tidak lain hanyalah perkataan
manusia.' Aku (Allah SWT) akan memasukkannya ke dalam (neraka)
Saqar." [Al-Muddatstsir: 18-26]

Tatkala para pemimpin Mekah mengalami kejumudan dan mulai menyakiti
Rasul setelah paman Baginda RAW, Abu Thalib wafat. Rasulullah
berusaha mencari pendukung ke kota Tha'if. Tetapi usaha Baginda tidak
berhasil bahkan disambut dengan penghinaan dan lemparan batu.

Rasulullah juga menyeru para pemuka kabilah-kabilah Arab. Baginda
berkata kepada mereka,

"Ya Bani fulan! Saya adalah utusan Allahbagi kalian, dan menyeru
kepada kalianuntuk beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukan- Nya,
dan agar kalian meninggalkan apa yang kalian sembah, agar kalian
beriman kepadaku dan percaya kepadaku, dan agar kalian membela dan
melindungiku, sehingga aku bisa menjelaskan apa yang telah
disampaikan Allah kepadaku."

Dalam Sirah Ibnu Hisyam diriwayatkan, "Zuhri menceritakan bahawa
Rasulullah SAW mendatangi secara peribadi Bani Kalban, akan tetapi
mereka menolak. Baginda juga mendatangi Bani Hanifah, dan meminta
kepada mereka nusroh (pertolongan) dan kekuatan, namun tidak ada
orang Arab yang lebih keji penolakannya terhadap Baginda kecuali Bani
Hanifah. Baginda juga mendatangi Bani Amir bin Sha'sha'ah, mendoakan
mereka kepada Allah dan meminta kepada mereka secara peribadi.
Kemudian berkatalah seorang laki-laki dari mereka yang bernama
Baiharah bin Firas: `Demi Allah, seandainya aku mengabulkan pemuda
Quraisy ini, sungguh orang Arab akan murka.' Kemudian ia
berkata: `Apa pendapatmu jika kami membai'atmu atas urusan kamu,
kemudian Allah memenangkanmu atas orang yang menyisihmu, apakah kami
akan diberi kekuasaan setelah engkau?' Rasulullah SAW berkata
kepadanya: `Urusan (kekuasaan) itu hanyalah milik Allah, yang Dia
berikan kepada siapa saja yang Dia kehendaki.' Baiharah
berkata: `Apakah kami menyerahkan leher-leher kami kepada orang Arab
padahal jika Allah memenangkan kamu, urusan (kekuasaan) itu bukan
untuk kami. Kami tidak perlu urusanmu.' "

Baginda SAW selain aktif berdakwah kepada kabilah-kabilah di sekitar
Mekah, Baginda juga mendatangi kabilah-kabilah di luar Mekah yang
datang tiap-tiap tahun ke Mekah, baik untuk berdagang mahupun untuk
mengunjungiKa' bah, di jalan-jalan, pasar Ukadz, dan Mina. Sampai
suatu ketika pada musim haji, datanglah serombongan orang dari suku
Aus dan Khazraj dari Yatsrib (Madinah). Kesempatan ini digunakan oleh
Rasulullah SAW untuk menyampaikan dakwah. Ketika rombongan ini
mendengar ajakan Rasul, satu sama lain antara mereka saling
berpandangan sambil berkata: "Demi Allah, dia ini seorang nabi
seperti yang dianjurkan orang-orang Yahudi kepada kami."

Kemudian mereka menerima dakwah Rasulullah SAW sambil berkata: `Kami
tinggalkan kaum kami disana dan tidak ada pertentangan serta
permusuhan antara kaum kamidengan kaum yang lain, mudah-mudahan Allah
SWT mempertemukan mereka denganmu dan menerima dakwahmu, maka tidak
ada lagi orang yang paling mulia darimu.' [Sirah Ibnu Hisyam 1: 428]

Tatkala tahun berikutnya tiba dan musim haji datang, dua belas orang
lelaki dari penduduk Madinah bertemu dengan Rasulullah SAW di Aqobah.
Mereka berbai'at kepada Rasulullah SAW yang dikenal dengan Bai'atul
Aqabah.

Isi baiat (Pengistiharan untuk patuh) tersebut adalah:

"Tidak menyekutukan Allah, tidak mencuri, tidak berzina dan tidak
membunuh anak-anak kecil, tidak berbohong serta tidak menentang
Rasulullah dalam perbuatan ma'ruf."[ Hadis Riwayat Bukhari ]

Setelah bai'at itu, mereka kembali ke Madinah bersama utusan Rasul,
yaitu Mush'ab bin Umair untuk mengajarkan Al-Quran dan hukum agama.
Pada tahun berikutnya, Mush'ab bin Umair kembali ke Mekah bersama
tujuh puluh lima orang Madinah yang telah masuk Islam. Dua
diantaranya adalah wanita dan mereka membai'at Rasulullah SAW. Bai'at
ini dinamakan Bai'atul Aqabah II. Selesai melakukan bai'at,
Rasulullah menunjuk dua belas orang untuk menjadi pemimpin masing-
masing qabilah mereka.

Abbas bin Ubadah, salah seorang dari mereka berkata kepada
Rasulullah:

"Demi Allah yang mengutusmu dengan kebenaran, bila engkau
mengizinkan, kami akan perangi penduduk Mina besok pagi dengan pedang-
pedang kami."

Jawab Rasulullah SAW:

"Kita belum diperintahkan untuk itu, dan lebih baik kembalilah ke
kenderaanmu masing-masing. "[Sirah Al Halabiah II: 176]

Jelas bahawa sebelum hijrah ke Madinah dan membangunkan Daulah di
Madinah, kewajiban berjihad di dalam Islam belum diperintahkan.
Dengan demikian dapat diketahui bahawa dakwah Rasulullah dalam period
Mekah adalah dakwah dalam rangka memperkenalkan Islam melalui dakwah
fikriyyah (intelektual) kemudian membina umat, mengatur barisan dan
menyusun kekuatan untuk kemudian Hijrah ke Madinah.

Period Dakwah Rasulullah di Madinah

Hijrahnya kaum muslimin ke Madinah adalah sebagai awal mula marhalah
(tahap) dakwah ketiga, yaitu Marhalah Tathbiq Al-Ahkaam Al-Islami
(Penerapan Syari'at Islam). Hal ini tandai dengan didirikannya Daulah
Islamiyah (Negara Islam) sebagai pelaksana hukum Islam dan sebagai
pengemban (pemikul) risalah Islam ke seluruh pepenjuru dunia melalui
dakwah dan jihad. Ada pun tahap ketiga ini dimulai dengan tibanya
Rasulullah ke Madinah melalui peristiwa hijrah Rasulullah pada tahun
622M bersama sahabat baginda, Abu Bakar. Setibanya di Madinah,
Rasulullah SAW melakukan aktiviti sebagai berikut:

Membangun Masjid
Rasulullah SAW memerintahkan para sahabat membangun Masjid.
Pembangunan masjid mempunyai erti yang sangat penting bagi
pembangunan masyarakat Islam yang terdiri daripada individu-individu
muslim yang sentiasa berpegang teguh kepada aqidah dan syari'at
Islam.

Rasulullah SAW menjadikan masjid tidak hanya sebagai tempat solat
melainkan juga sebagai tempat berkumpul, bermusyawarah, membina
ukhuwah dan aqidah Islam serta mengatiur berbagai persoalan kaum
muslimin sekaligus memutuskan hukum di antara mereka.

2. Membina Ukhuwah Islamiah

Aktiviti selanjutnya yang dilakukan Rasulullah SAW adalah
mempersaudarakan antara kaum Anshar dan Muhajirin. Persaudaraan yang
digambarkan oleh Rasulullah SAW ibarat satu tubuh. Bila salah satu
anggota tubuh ditimpa kesakitan maka seluruh tubuhnya merasakan
sakit. Persaudaraan yang mendarah daging mengalir dalam tubuh setiap
umat sehingga lenyap sama sekali segala bentuk fanatik golongan, suku
bangsa dan perkauman.

Rasulullah mempersaudarakan Bilal yang berkulit hitam dari Afrika
dengan Abu Ruwaim Al-Khutsa'mi, Salman Al Farisi dari Parsi dengan
Mus'ab bin Umair dan lain sebagainya. Persaudaraan ini tidak hanya
sampai batas mewarisi harta bahkan isteri (saat itu belum ada
larangannya) , sebagaimana yang terjadi antara Sa'ad bin Rabi dari
kaum Anshar dengan Abdurrahman bin Auf dari kaum Muhajirin sehingga
kata Sa'ad bin Rabi:

"Aku adalah orang Anshar yang paling kaya, inilah hartaku, aku
bahagikan antara kita berdua. Aku mempunyai dua isteri, kuceraikan
seorang dan kahwinilah olehmu."[Sirah Al Halabiyah II: 292]

Persaudaraan dengan ikatan Aqidah Islamiah ini semakin bertambah
kukuh setelah dinaungi sebuah Daulah dibawah kepimpinan Rasulullah
SAW yang menerapkan Sistem Islam.

3. Menyusun Piagam Perjanjian

Setelah Islam datang dan terbentuk masyarakat Islam di Madinah,
gambaran dan pola hubungan antara masyarakat Yahudi dan Islam semakin
tampak perbezaannya. Oleh kerana itu harus ada kebijaksanaan hukum
yang mengatur hubungan mereka dengan kaum muslimin.

Rasulullah SAW kemudian membuat perjanjian (piagam Madinah). Istilah
sekarang disebut Undang-Undang Dasar yang berfungsi sebagai suatu
manhaj (jalan atau strategi pengamanan) dalam mengatur atau membuat
batasan-batasan yang menyangkut interaksi antara kabilah-kabilah
Yahudi dan kaum muslimin. Lebih dari itu isi perjajian mencakup pula
hubungan negara dengan masyarakat atau masyarakat dengan negara. Dr.
Musthafa Asy Siba'I dalam bukunya `Sirah Nabawiyyah Duruus wal Ibral'
mengemukakan pokok-pokok isi perjanjian tersebut seperti yang berikut:

1) Kesatuan umat Islam tanpa mengenal perbezaan suku, bangsa dan
kaum.

2) Persamaan hak dan kewajiban bagi seluruh warga masyarakat.

3) Gotong-royong dalam segala hal yang bukan kezaliman, dosa dan
permusuhan.

4) Kompak dalam menentukan hubungan dengan musuh-musuh Islam.

5) Membangunkan suatu masyarakat dalam suatu sistem yang sebaik-
baiknya.

6) Melawan orang-orang yang menentang negara dan membangkang
sistemnya.

7) Melindungi orang yang ingin hidup berdampingan dengan orang
Islam dan tidak boleh berbuat zalim kepadanya.

8) Umat non-muslim bebas melaksanakan agamanya dan tidak boleh
dipaksaumat Islam dam tidak diganggu harta bendanya.

9) Umat non-Muslim harus ambil bahagiaan dalam pembiayaan negara
sebagaimana umat Islam.

10) Umat non-muslim harus saling membantu dengan umat Islam untuk
menolak bahaya yang akan mengancamnegara.

11) Umat Islam dan non-muslim tidak boleh melindungi musuh negara dan
orang-orang yang memusuhi negara.

12) Warga negara bebas keluar masuk negara selama tidak merugikan
negara.

13) Ikatan sesama anggota masyarakat didasarkan prinsip tolong-
menolong untuk kebaikan dan ketakwaan. Tidak atas dosa dan aniaya.

14) Dasar-dasar tersebut ditunjang oleh dua kekuatan. Kekuatan ruh
(spritual) yaitu imannya kepada Allah, keyakinan akan pengawasan dan
perlindungan Allah bagi orang yang berbuat baik. Begitu pula jika
ditunjang oleh kekuatan meterialistik (kebendaan) yaitu kepimpinan
negara yang dipimpin oleh Rasulullah SAW.

4. Strategi Politik dan Militeri (k etenteraan)

Dalam rangka menyebarkan dakwah Islam ke luar negeri Madinah,
sekaligus mengumumkan kepada bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain
mengenai berdirinya Daulah Islamiah, maka diambil beberapa langkah
lanjutan sebagai berikut:

1) Mengirim surat (mengajak kepada Islam (dakwah Islam), jika tidak
mahu menerima Islam sebagai agama, mestilah patuh dengan hukum Islam
di bawah Daulah Islam)kepada kepala-kepala negara/ kerajaan, pimpinan
kabilah/suku yang ada di sekitar jazirah Arab.

2) Memaklumkan perang kepada orang-orang yang menetang dakwah Islam.

3) Memerangi kabilah-kabilah yang mengkhianati perjanjian
perdamaian bersama kaum muslimin.

4) Menjadikan Daulah Islamiah sebagai satu kekuatan yang disegani
dan ditakuti lawan-lawannya.

Melalui penelitian dan penghayatan langkah-langkah dakwah Rasulullah
sejak period Mekah hingga period Madinah dapat disimpulkan bahawa
pada period Mekah, Baginda lebih bersikap sebagai seorang da'ie,
muballigh, imam dan sekaligus sebagai tokoh politik dan pemimpin
jemaah kaum muslimin. Manakala dalam period Madinah, baginda bukan
hanya berperana sebagai seorang Rasul, tetapi juga sebagai kepala
negara di dalam pemerintahan Daulah Islamiah (Khilafah).

Keberhasilan para da'ie penerus dakwah sangat ditentukan oleh sejauh
mana kesetiaannya mengikuti jejak langkah (Thoriqah) dakwah
Rasulullah SAW. Mudah-mudahan kita sentiasa dianugerahkan taufiq dan
hidayah daripada-Nya dalam menegakkan Islam di bumi Allah ini.

Ingatlah bahawa menerapkan Islam di dalam kehidupan secara menyeluruh
adalah suatu kewajiban dan Islam akan terlaksana sepenuhnya dengan
adanya Daulah iaitu Khilafah Islam. Maka mendirikan semula Khilafah
adalah wajib. Untuk mendirikan Khilafah perlu adanya usaha ke arah
mendirikannya. Maka usaha-usaha ke arah mendirikan Khilafah juga
hukumnya menjadi wajib tatkala dunia ketiadaan Khilafah di zaman ini.
Dan usaha untuk mendirikan semula Khilafah mestilah dilakukan
melalui thoriqah (jalan atau cara) sebagaimana yang telah ditunjukkan
oleh Baginda SAW kerana apa sahaja yang dilakukan oleh Baginda
bukanlah menurut hawa nafsunya melainkan adalah merupakan wahyu
daripada Allah. Ini beerti thoriqah tersebut adalah merupakan
perintah Allah iaitu hukum syara' yang wajib diikuti. Oleh kerana
itu, umat Islam yang ingin bangkit harus melalui jalan dakwah yang
lurus dengan metod (thoriqah) yang benar dengan cara memahami
perjalanan dakwah Rasulullah secara keseluruhan, mengikuti dan
melaklaksanakannya. Moga jalan dakwah yang telah dilakukan Rasulullah
ini akan menjadi teladan dalam usaha untuk membangkitkan umat Islam
dan mencapai kejayaan dalam menegakkan syi'ar Islam buat kedua
kalinya. InsyaAllah..

"Kamu (ummat Islam) adalah umat terbaik yang dikeluarkan untuk
manusia, menyeru yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar,dan beriman
kepada Allah" [Surah Ali Imran ayat 110]
posted by ibnu_daud @ 6:09 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
::. ABOUT ME .::

Name: ibnu_daud
Home:
About Me: Kemenangan dan kejayaan hanya milik mereka yang sanggup berkorban, sabar menanggung kesusahan dan kemiskinan
See my complete profile
::. MY STATUS ONLINE .::
  • ibnu_daud
  • ::. PREVIOUS POST .::
    ::. ARCHIVES .::
    ::. LAMAN PILIHAN .::
  • Ustaz Azhar Idrus
  • MAQAZ Shoubra
  • Merah Tinta
  • Nik Abduh Nik Aziz
  • Ustaz Salman Maskuri
  • Ustaz Hazmi Dibok
  • Ustaz Hairul Nizam Mat Husin
  • Mini Pavilion
  • Tukaran Wang Asing
  • Ustaz Yusof Embong
  • Ustaz Fezul Ismail
  • Penarik Beca
  • Live Goalz
  • WebTV PAS
  • ::. PMRAM, BKAN & DPM .::
    ::. BLOG PIMPINAN .::
  • Pakatan Rakyat
  • Dr. Lo'lo'
  • Dr. Syed Azman
  • Azmin Ali
  • Anwar Ibrahim
  • Zulkifli Nordin
  • Hatta Ramli
  • Mat Sabu
  • Husam Musa
  • Ustaz Nasharudin Mat Isa
  • Ustaz Nasrudin Tantawi
  • Tian Chua
  • ::. BLOG SAHABAT.::
  • Azraie Saballah
  • Afifuddin Md Jamil
  • Mohd Zarimi
  • Fadhlullah Hj Ismail
  • Taufik Pangilun
  • Mohd Bakri
  • Mohd Amin Ahmad
  • Mohd Fadzlah
  • Mohd Fazli Ibrahim
  • Muhammad Kamal
  • Saifudin Bin Abdul Sani
  • Ahmad Mustafaruddin
  • Mohd Saifulloh Mustafa
  • ::. LINKS .::










    ::. POWERED BY .::

    Free Blogger Templates

    BLOGGER

    © salam perjuangan Template by Isnaini Dot Com